Friday 8 March 2013

Memecah Benteng Kebiasaan





Memecah benteng kebiasaan bermaksud kita kena jadi luar biasa k??..Tak lah..Saya tidak bermaksud agar anda menjadi paradoks ( membuat perkara yang luar kebiasaan orang/perkara yang orang xbuat).. (Contoh paradoks, orang berjalan menggunakan kaki, tetapi kita berjalan menggunakan tangan, lalu kita akan digelar paradoks)..Tetapi melawan perkara yang tidak baik, yang menjadi kebiasaan dalam diri kita yang harus kita usahakan.


Kebiasaan atau kelaziman adalah perkara yang selalu kita ulang boleh jadi pada setiap hari, minggu , tahun ataupun pada masa-masa yang tertentu. Kebiasaan merupakan aktiviti yang tidak perlu kita rancang, kerana ia merupakan “routine” pada tubuh kita dek kerana perkara itu selalu dipupuk sehingga ia seakan sebati dengan hati kita.


Ok saya bagi contoh, tiap pagi Ali pergi ke sekolah menaiki bus. Abu pun bertanya, kenapa ko xnaik motor ali?.. Ko kan ada motor, naik motor lagi senang.. Ali : Ntah, munkin sebab aku da biasa naik bus kot..


Saya nak tanya la, agak-agaknya, pada sebelum ali biasa naik bus, dia terfikir tak untuk naik motor ke sekolah??...jawapanya mesti  laa…ya... Sebelum sesuatu perkara itu menjadi kebiasaan , kita akan berfikir dulu untuk membuat perkara itu..Tapi bila da biasa, kite akan buat perkara itu tanpa berfikir. Macam kisah ali ini tadi, munkin pada dulunya dia memilih untuk naik kenderaan apa, untuk pergi ke sekolah, tapi oleh kerana dia kerap membuat keputusan yang sama, lalu ia menjadi kebiasaan..Dia tidak perlu memikirkan lagi kenderaan apa yang dia ingin naiki tiap pagi untuk pergi ke sekolah walaupun kenderaan yang dia pilih itu bukanlah keputusan yang baik sebenarnya.


Begitu juga dengan diri kita sebenarnya, jika kita kerap melakukan perkara yang tidak baik , badan kita akan mula menerima perkara itu, kita tidak akan rasa bersalah pun melakukan perkara yang tidak baik dek kerana badan kita mula menerimanya. Tetapi alangkah indahnya jika yang menjadi kebiasaan itu adalah perkara yang baik :) .. Jika badan kita mula menerima perkara yang baik sebagai kebiasaan, secara automatiknya badan kita akan menolak perkara yang jahat.


                                                                         




Bagaimana untuk memecahkan benteng kebiasaan??.. Benteng kebiasaan yang saya cakapkan ialah kebiasaan tentang perkara yang tidak baik, lalu ia harus dipecahkan.. Ia semua bermula dengan hati.


Sabda Rasul S.a.w   “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadith diatas jelas menunjukan bagaimana pentingnya menjaga hati dalam mencorak diri kita, macam mana pula ingin menjaga hati???.. Innamal a’malu bin niyat. Setiap perbuatan disertai/bermula dengan niat.. Haa kita kena la niat perkara yang baik-baik, barulah perbuatan kita pun akan dicorak baik, sekaligus, hati tidak akan dikotori dengan dosa-dosa dari kesan perbuatan tubuh kita.


Dosa-dosa ibarat titik hitam pada hati kita.. Setiap kali kita membuat dosa, akan hadir satu titik hitam dalam hati kita..Sehingga pada suatu saat dimana titik-titik hitam ini memenuhi hati kita, tiada lagi sinar cahaya akan memasuki hati kita. Disaat itu, hanya hidayah daripada Allah s.w.t mampu untuk merubah kehidupan seseorang itu.


Tiada perkara yang cepat untuk kita dapatkan, bak kata "Amin Idris" personaliti Tv Al-Hijjrah, setiap perkara itu ada prosesnya. Tidak ada orang yang mampu berubah dalam sekelip mata.. Maggi yang express tu pun masih memerlukan proses sebelum ianya boleh dimakan. Yang penting kita jangan berhenti berusaha untuk berubah kearah kebaikan. In shaa Allah boleh :) , Tuhan tidak memandang sehebat mana hambanya berubah daripada jahat kepada kebaikan ,tetapi Tuhan melihat sehebat mana usaha kita untuk mengubahnya.

2 comments: