Tuesday 4 June 2013

Bagaimana ingin jadi seorng yg berani??..

Assalamualaikum wahai para pembaca :)  ..admin berterima kasih ade jugak yg nk baca post admin..hehe..
ok, di post kali ini , admin ingin berkongsi kepada para pembaca , bagaimana ingin menjadi seorang yang berani..

Berani yg mcm mne yg admin mksdkn?...berani buat jahat ka??..erkk...TIDAK sama sekali..Maksud admin,  bagaimana kita sebagai orang muslim berani untuk membuat sesuatu yg kita takut untuk mencubany selagi mana tidak melanggar syariat Islam..

Admin nak cerita la satu kisah...tentang diri admin..Zaman sekolah dahulu..admin teringin sangat masuk nasyid..Waktu admin tingkatan 1, admin dpt beberapa kali juara dan naik juara berkumpulan untuk nasyid di sekolah..Tp, tu waktu admin sekolah di terengganu, bila admin pindah k selangor, admin menjadi seorng yg takut untuk mncuba :(

Waktu di selangor, admin teringin sangat nak masuk kumpulan nasyid di sekolah, tapi admin segan..sampai habis persekolahan, admin masih tidak berani nk cuba, sedih kn??..Di sekolah juga, admin teringin nk masuk pertandingan azan..Pernah suatu ketika tu, admin da siap pkai baju melayu n bawak kopiah k sekolah, last2 bile pertandingan azan tu dijalankan, admin xjd nak masuk sbb malu..Sedih kn?..Admin cerita selagi ia dpt mmberi pengajaran kepada sume..

Tapi bila di universiti, admin byk berubah untuk jadi berani.. Byk benda yg admin xdpt cuba di sekolah, admin cuba di universiti..

Rupa-rupanya kunci keberanian ialah , Kita Mesti Hadapi ketakutan (masalah) tu!!!...selama ini, admin lari dari ketakutan, dan admin menjadi takut kpda perkara itu selamanya tanpa admin sedari.

Kena paksa diri untuk mencuba perkara itu sekali, in sya Allah..next time kite x takut lg..Contoh la benda yg admin dpt cuba di U..Admin gagahkan diri untuk azan di Pusat Islam kami, dalam 2,3 kali admin fikir..yang dengar ni satu U ..so admin jd takut..Tp tiba satu detik, admin hiraukan rse takut nk mencuba tu, admin buat xtao je..Alhamdullilah admin berjaya, walaupun xsama mcm yg admin nk buat, but atleast admin da cube, sejak itu admin xkekok klw pergi untuk melaungkan azan di Pusat Islam..Disini admin letakkn video admin yg kekok waktu percubaan awal admin..Tp in sya Allah ..next time admin improve.


   (Azan Maghrib)
  December  2012

Audio admin amek xbpe bgus , tapi xkisahlah..Yang Penting admin nk tekankn disini, sebagai seorang muslim kita jgn takut, takut kita hanya kepada pencipta ...Banyak lagi perkara2 yg admin nk cuba, akhirnya admin dpt cuba, memikirkan...Kita ada Allah selalu bersama kita :) , dia maha melihat, maha mengasihani hamba2nya..Allah pasti tlg hamba2nya :)  ..

Kunci : 1) Hadapi masalah tersebut
            2) cuba buat yg terbaik (yang penting buat kena ada feel baru sungguh2)
            3) peduli apa orang akan kata
            4)next time imprve lagi  :)



Admin hanya ingin melihat umat islam kita kembali diatas seperti dizaman sirah dahulu..Kita terkenal dgn keberanian tentera kita, keberanian ahli falsafah kita, keberanian mereka mengkaji sesuatu yg belum pernah dikaji..Mereka percaya, Allah sentiasa bersama mereka :)  .
Sekian..





Friday 26 April 2013

Democracy and Malaysia - A voice from a Young Citizen and his Dad.


We have been a residence of Malaysia for a long time. Our forefathers has done so much in building a peaceful nation for us.

Since independence we have experience peace and harmony between all races. Being a democratic country the wealth and opportunity all races should be shared the same previllagers. However, it is a far cry when cronyrisme painted the economic picture in a country, the rich becomes more rich the poor remains the poor. It is sad that things should not be the way it is. The massage of freedom is not well preached. Allah save this land, help us to throw away those who are insincere and greedy. In making this country into a harmonious atmosphere. Allah reward us with people who are warm at heart and willing to sacrifice for the good of the country. Rise people rise , go All Out and No Turning Back. Give all you have and visualize a strong and stable nation infront of you. This is the drastic change that we should ambition for.


Ini Kalilah, give your support to Malaysia to have a democratic country, do leave your support and comment to this post :) .

Monday 22 April 2013

Doa Yang Perlu kita amalkan Seharian.


Wahai orang muslim , berdoalah..kerana itu adalah senjata mu yang paling berbisa..sesungguhnya Allah s.w.t suka pada mereka yang hanya berharap padanya..

Di post ini suka admin mengumpulkan koleksi doa-doa yang selalu diamalkan dalam bentuk gambar..
Admin hanya mengambil doa-doa yang kebiasaannya orang mahu tetapi tidak tahu apa doa yang sepatutnya mereka baca.Disini admin akan postkan gambar doa-doa tersebut.




 Ini doa bagi kaum hawa dalam memilih pemimpin yang baik dalam hidupnya..Mencari pasangan itu bukanlah mudah seperti menukar baju ataupun memilih kasut..Memilih pasangan adalah perkara yang berat, kerana kita akan bersama dengannya sepanjang hidup kita untuk mencapai redha Allah..Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan,terutama kaum hawa, kerana memilih pemimpin yang baik itu penting.Agar negara yang bakal dibina kelak berkualiti serta dapat melahirkan zuriat yang baik. Berdoalah agar dipermudahkan dalam proses memilih pasangan yang baik-baik.



 Sebagai mana pentingnya berdoa meminta kebaikan kepada diri, begitu jugalah pentingnya berdoa meminta agar dijauhkan apa yang tidak baik dari diri. Islam itu balance, kerana itu ada dua sama ada dosa atau pahala, syurga ataupun neraka... Begitu juga suruhan Amar makruf nahi mungkar.. Kita tidak boleh hanya melakukan kebaikan semata-mata tanpa mencengah kejahatan. Itulah yang banyak terjadi pada hari ini dimana ustaz-ustaz jugak tidak dapat lari dari melakukan kesalahan besar dalam masyarakat sehinggakan hilang percaya masyarakat pada golongan ini..Golongan ini hanya melakukan amar makruf sehingga dapat digelar ustaz, tapi malanganya tidak nahi mungkar.




Dalam hidup ini kita tidak dapat lari dari tekanan kehidupan, tidak kiralah kanak-kanak, remaja, serta orang dewasa...Kanak-kanak tertekan dengan merasakan mereka tidak bebas melakukan apa yang mereka mahu, mereka merasakan ibu bapa menyekat  perilaku mereka dari mereka bebas melakukan apa sahaja.. 

Remaja pula tertekan dengan masalah pemblajaran mereka..Tidak lupa masalah yang sinonim dengan remaja iaitu masalah cinta.. Golongan remaja lebih cenderung hatinya untuk rasa ingin difahami hatinya, namun tidak semua menemui apa yang mereka mahukan sehingga datangnya tekanan pada diri.

Golongan dewasa pula tertekan dengan bekerja mencari wang untuk menyara keluaraga. Tekanan ini sememangnya lebih besar dari 2 yang diatas.. Bekerja bukanlah sesuatu perkara yang mudah, kerana kita terpaksa hadapi perkara yang sama hari demi hari, ia pasti mendatangkan tekanan pada diri, belum termasuk kena marah di tempat kerja, masalah keluarga dirumah, tekanan membayar hutang..

Oleh itu amalkanlah doa ini kawan-kawan  :) ..Allah pasti memakbulkan doa hambanya yang tidak berputus harap padanya. 

Gambar Replika Menarik Sepanjang PRU-13

PRU-13 kali ini lebih meriah, sepanjang admin ronda2 dikampung-kampung bersama sahabat..Banyak yang Admin nampak..Disini admin nak kongsikn gamba-gamba yang sempat admin rakamkan masuk ke dalam kamera..

Dari gamba-gamba yang ditayangan dibawah,jelas menunjukan sebenarnya rakyat malaysia ini rata-ratanya sangat kreatif..Tapi yang paling menarik, admin melihat suasana PRU-13 yang sangat professional..Tidak ada yang merosakkan hasil kreativiti parti lawanya. Cara berkempen seperti inilah yang rakyat mahukan, saling menghormati walau berbeza parti..

Berikut gambar-gambar yang sempat admin tangkap disekitar kawasan kampung di sebahagian kawasan di malaysia.

(replika Cincin)

(kereta kebal)

Terbaik, kereta kebal ini memang benar-benar boleh bergerak :D




                                                                (Helikopter)
Replika ini agak kelakar, orang yang berbaju merah itu sebenarnya adalah patung yang dibuat bersama replika helikopter tersebut, kami sanggup berhenti ditepi jalan untuk menangkap gambar replika-replika yang ada.
                                                                      (terowong)


(Replika Seorang wanita bertudung merah bersama Lembu)

Sewaktu berjalan menaiki kereta, lalu admin ternampak satu replika yang agak unik..Admin bercadang untuk berhenti untuk menangkap gamba replika tersebut, memandangkan ramai orang yang sedang bertugas dikawasan tersebut, admin hanya mampu untuk menangkap gamba diatas kenderaan sahaja.

                                                                    (replika helikopter)

Gamba replika ini admin ambil di laman sesawang fanpage..Segala gambar replika dibawah juga diambil dari laman tersebut..Replika ini menjadi tumpuan rakyat umum untuk bergamba dengan replika tersebut.Admin rasa,jika dikenakan wang untuk bergambar,sudah tentu banyak dana yang dapat dikumpulkan..hehe~
                                                                    (replika kapal selam)

                                                                (replika kapal terbang)


(replika kereta api laju)

Nie gambar baru yang kawan kita kongsikan dalam komen dibawah, sangat cantik hasil buatanya..

Jika anda ada gambar2 menarik sempena PRU-13 ini, bolehlah berkongsi dengan admin ye :)


Wednesday 3 April 2013

Gelombang Perubahan Negara.



Minggu ini sahaja sudah mampu melakar sejarah negara, dengan isu BUBAR yang hangat diperkatakan seluruh rakyat Malaysia..Tidak kiralah yang boleh mengundi mahupun tidak..Saya melihat ia seolah satu hari keraian bagi rakyat Malaysia kerana ia merupakan hari dimana akan berlakunya satu titik tolak baru dalam sejarah Malaysia. Saya melihat, kita sudah bertambah satu lagi hari keraian selain hari raya haji dan aidilfitri.

Di facebook, macam-macam gamba yang di edit tentang pembubaran parlimen yang dibuat.Ini menunjukkan rakyat Malaysia yang sebenarnya bukan sahaja berani dengan melontarkan karya kreatif mereka di internet, tetapi rakyat Malaysia dilihat Seakan tidak sabar untuk mengundi..


                                                             (karya kreatif rakyat di fb)

Berikutan Ucapan Pembubaran dari Dato Seri Najib semalam, 4 negeri pembangkang (Selangor,Kedah,Kelantan,P.Pinang) mengikut pembubaran semalam, dengan menunjukkan mereka sudah bersedia menghadapi PRU-13  (sumber berita harian)..Rakyat Malaysia seolah menanti pembubaran tersebut.

Malaysia, Bakal berlaku perubahan besar pada PRU-13 ..Ramai yang menjangka, PRU-13 bakal mencorak masa depan Malaysia, dapat kita lihat pada hari ini banyak cetusan Gelombang Kebangkitan Rakyat di seluruh Malaysia, tidak lupa juga rakyat Malaysia diluar negara samaada sedang bekerja mahupun belajar turut berhimpun atas satu nama, Gelombang Kebangkitan Rakyat.

Saya tidak menolak, Bahang Pilihanraya Umum ini akan turut dirasai oleh para pelajar mahupun rakyat biasa yang dilihat masih belum layak untuk mengundi..Bahang ini seolah-olah seperti demam bola sepak yang  berlaku 4 tahun sekali iaitu World Cup..


Kerajaan ingin mempertahankan tampuk yang sedia ada dengan janji pembaharuan dan pelbagai insentif bagi menolong rakyat..Namun, tidak kurang hebatnya, Pihak Pembangkang dengan janji yang mampu merubah Malaysia menjadi satu kerajaan yang ber Alaf baru, yang mula disambut oleh jutaan rakyat..       
“SENGIT” itu sahajalah perkataan yang dapat saya gambarkan untuk situasi ini.. Keterujaan turut dirasai oleh saya sendiri walaupun saya masih tidak layak mengundi..Hanya Doa  mengharapkan yang terbaik untuk Negara yang mampu saya sediakan.


Bagi pengundi-pengundi di luar sana, Pilihlah dengan bijak, Lihat kembali kepada kriteria yang terdapat dalam Ikrar Negara..  Agama, Bangsa , Dan Negara..Urutan yang sangat cantik.. Seperti dalam memilih calon isteri, pilihlah kerana agamanya dulu :) .. Apa yang kita pilih akan sehidup semati dengan kita, begitu juga negara.. Jangan sebabkan mengikut kehendak, kita pilih yang tidak baik,maka rosaklah negara..


Harap Pemilihan pada kali ini dilakukan dengan adil, tidak kiralah siapa pun yang bakal menang sama ada kerajaan mahupun pembangkang, kerana itu adalah pilihan rakyat Malaysia sendiri. Harap semua dapat menghormati keputusan rakyat.


Janganlah Cemari Pilihanraya kali ini dengan kekotoran akhlak pengundi.. Sama-samalah jaga akhlak kita sama ada yang boleh mengundi ataupun tidak,melalui IT, perbuatan fizikal,mahupun lontaran suara..Doakan yang terbaik untuk Islam dan Negara..Amin.

Monday 1 April 2013

"Ledakan IT"




Salam kawan-kawan..Dalam kita menyingkap kembali sirah dizaman kegemilangan ISLAM dahulu, pasti kita rase kagum dengan kehebatan tokoh-tokoh ilmuan yang pakar dalam bidang masing-masing. Contoh seperti Al-khawarizmi (matematik) , Tokoh astronomi Al-Bijruji , macam-macam lagi seperti Ar-razi, Ibnu Sinar dan yang seangkatan dengannya,mereka berebut-rebut menguasai ilmu demi memajukan  ISLAM.

Releven lagi k jika kegemilangan itu disandarkan kepada kita, sedangkan umat islam hari dilihat lemah dan tidak berupaya…Apa yang kita mampu buat untuk kembalikan kegemilangan ini??..

Setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing, contoh di universiti ada banyak fakulti  yang mana setiap satunya mempunyai  skop pelajaran yang tertentu mengikut kos yang diambil.. Apa kata, kita “apply”  balik apa yang kita belajar untuk majukan Islam :) .. Di alam pekerjaan kelak, kita bawa kepakaran kita untuk menyumbang kepada ISLAM..

Namun, dalam masa yang sama, kita juga perlu menguasai lain-lain kepakaran.. Hari ini kita dapat lihat IT  telah menenggelamkan segenap media yang lain, IT menjadi tumpuan umat dunia pada hari ini.

Hari ini, Berita Harian mengeluarkan statistik tentang tumpuan rakyat Malaysia yang kini berubah arah..Saya faham, berita harian mengeluarkan statistik ini untuk memperjelaskan medium komunikasi yang paling berkesan bagi menarik penyokong dan pengundi semasa pilihanraya, maklumlah..Negara kita kan sedang bersedia dengan ledakkan PRU-13.

Statistik yang keluar menjelaskan bahawa  sebanyak 38% dipelopori oleh Media Baru (blog,portal,media social).. 24% di pelopori  Media Massa (akhbar,televisyen,radio) dan  13% ceramah dan 4% dari poster..Walaupun statistik ini hanya menunjukan cara meraih undi dengan mudah, namun ia tetap jelas menunjukkan keadaan sebenar yang terjadi hari ini..Pengaruh Blog,Portal,dan media social sudah mampu mengalahkan Pengaruh Media Massa yang selama ini bermaharaja lela..Tahniah kepada Blogger2, pemilik portal ,dan media social yang dapat mengunakan medium ini ke arah kebaikan, menyumbang kepada Islam.

Alangkah baiknya, blog-blog, portal-portal yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ini dapat menyebarkan kebaikan dalam memajukan Islam :) .. Kita tutup segala lompongan kejahatan dengan perkongsian-perkongsian yang baik dalam blog kita :) .

Pada asalnya, saya bukanlah seorang yang minat menulis, namun saya lihat, tidak banyak yang saya mampu tolong untuk majukan islam ;( sob2..Saya mengambil inisiatif untuk belajar kerana ini sahaja dayaku untuk menyebarkan kebaikan kepada orang lain.

Banyak lagi cara kita untuk menyumbang kepada Islam..Buatlah apa yang anda mampu, sama-sama kita sayangi ISLAM <3 ..

Saturday 23 March 2013

Anjakkan Sahabat



                                                                   
Perkenalkan disebelah kananku adalah sahabatku muaz.Sahabat yang sangat coOlll..Jika dia mempunyai masalah,melihat saja riak wajahnya seolah-olah tiada kerisauan.Sering membantu ketika api kemaraan diriku terpadam..Kami saling nasihat menasihati :) ..Cuba menyelesaikan masalah bersama walaupun tidak semua..Diri ini selalu lemah, maka sahabatlah penguat padaku, Dia sering menjenguk keadaanku pabila diri lemah dilanda penyakit.
Lumrah dunia…


Sepanjang perjalanan,menuju redha Allah.. Terlalu banyak ujian yang menimpa kita, dan adakalanya diri ini terasa ingin berputus asa.. Ada juga kalanya, terasa ingin lari dari masalah dunia. Apabila diri memerlukan semangat dari luar, maka disinilah bermula peranan sahabat dalam saling menegur untuk perubahan bersama.
Semasa sahabat kita seolah kecewa akan dunia, inilah masa kita membantunya kerana kita adalah sahabat (yang membezakan dgn rakan yang lain)..Melihat sahabat kecewa, berilah kata-kata semangat padanya, kerana adakalanya, mereka merasakan bahawa mereka hanya berjuang seorang, tak kisahlah samaada dalam pelajaran ataupun masalah dunia yang lain..Bagilah mereka  semangat, ingatkan mereka bahawa anda turut berjuang bersama mereka, selesaikan masalah rakanmu itu bersama.


Teringat satu kisah, apabila aku seolah tidak bermaya akan dunia , maka ramai sahabat yang datang menyuruh diriku agar mengikhlaskan niat ..Hmm~..sedangkan ikhlas itu di umpamakan seperti “seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang kelam”… Agak tidak relevan ayat tersebut bagi sahabat yang memang ingin mengejar redha Allah, sebab dia tidak memerlukan sepotong ayat yang dia sudah ketahui,kerana ayat itu adalah asas bagi mencapai redha Allah.
Sepatonya peranan kita sebagai sahabat harus mendorong sahabat kita yang down tu supaya dia lebih dekat dengan Penciptanya..Kadang-kadang diri kita memerlukan lebih dari kata-kata..Malahan kita memerlukan bukan setakat sokongan, tetapi bantuan untuk lebih mendekatkan diri serta mengingatkan diri kepada akhirat..


Namun dalam bersahabat, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa pasti ada perselisihan paham antara kita..Sahabat kita tu bukanlah pakar motivasi yang selalu masuk dalam tv, tapi mereka lah insane yang ingin membantu kita,jika cara mereka menyampaikan ada menguris hati kita, maka berlapang dada lah..Kita tidak boleh mengharapkan mereka faham akan keperluan dan cara untuk membantu kita, sedangkan mereka adalah insan yang lain yang diciptakan berbeza dari ciptaan Tuhanku yang tidak ada satu pun yang sama. Kehebatan tuhan :) ,cap jari yang nampak pun setiap orang xde yang sama, inikan pula perasaan yang xnampak..


Dalam mengejar Redha Allah , tidak munkin kita dapat hadapi dugaan dunia ini berseorangan, kerana fitrah manusia perlukan teman. Maka bawalah teman dan sahabatmu itu bersama menuju redha Allah.


Tuesday 19 March 2013

Mengapa Aku Memilih Tajdid?



                                                                        Dr.Maza
                                                                   (Tokoh Tajdid)
Apa tu tajdid??..

 Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna sebenar kepada istilah ini:

"Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan."

Tajdid bukanlah suatu usaha yang baru, bukan juga satu perkataan yang dijumpai pada abad ini. Istilah atau perkataan Tajdid telah lama wujud dan dipakai pada zaman dahulu. Munkin perkataan ini jarang dijumpai pada pertengahan abad kerana penggunaan istilah ini kian pudar dikalangan masyarakat sendiri, munkin tidak dikalangan para ilmuan.

Saya ingin mengemukan satu dalil dimana wujudnya istilah Tajdid ini digunakan dikalangan umat, hadith yang diriwatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulwah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di permulaan setiap seratus tahun, seorang mujadid yang mentajdid agamanya".

Melihat Tadjid dari sudut Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu Kitab dan Sunnah. Islam itu sendiri telah pun gemilang, kerana itulah kita perlu berbalik kepada Islam untuk menjadi umat gemilang seperti suatu masa dahulu. Islam pernah memerintah 2/3 dunia ,dimana ia menunjukkan kehebatan Islam dan penerimaan umat dunia terhadap kesyumulan Islam dengan tidak mendiskriminasi agama lain.


Apa yang menyedihkan kita hari ini, umat islam itu sendiri takut untuk menerima Islam. Ramai yang membawa Tag Nama Islam pada tubuh mereka sedangkan ia digunakan untuk meraih kepentingan sendiri..Mereka yang benar berpaksikan islam pula dilihat sebagai seorang yang ekstremis. Wajarkah  golongan ini dilabelkan sedemikian??.. Umat hari ini yang membawa islam telah merosakkan imej islam itu sendiri. Umat dunia mula menunding jari kepada kesalahan umat Islam sebagai kesalahan Agama Islam, padahal kelemahan islam itu dilihat dari kesalahan orang yang membawanya, bukanlah kerana Islam itu tidak cukup lengkap. Tanpa kita sedar, kitalah yang membawa fitnah kepada Islam kerana perbuatan kita..Astagfirrullah.

Lalu berpaksikan kepada Ulama-ulama untuk membawa tadjid pada kehidupan hari ini.. Dalam Usaha mengembalikan Islam kepada kegemilanganya. Saya tidak menolak bahawa sememangnya diriku terkesan dengan pembawakan seorang tokoh yang terkenal kehebatanya, dikenali sebagai Dr.Maza ,kerana beliau mempunyai fikiran yang hebat dan disegani. Tidak lupa dengan tokoh Ustaz Halim Hassan yang juga merupakan orang yang memperjuangkan tajdid serta tokoh-tokoh yang lain.


Jika mengulas mengenai Tajdid sahaja sudah memerlukan penulisan yang panjang, jadi jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke Laman Utama Minda Tadjid (Dr.Maza)..atau rujuk mana-mana sumber yang bernas,kerna banyak lagi sumber anda boleh rujuk mengenai hal ini. Sahabat saya juga ada menulis tentang risalah-risalah tajdid..Sila layari Dakwah Makan Dalam untuk melihat isi blog beliau, banyak perkara yang menarik didalamnya  :) .

Saturday 16 March 2013

Buatmu Pejuang Agama



Bukanlah puisi mahupun sajak, hanya luahan buatmu.


Wahai manusia yang bergelar da’ie
Manusia yang memperjuangkan Agama Allah.
Tabahkanlah hatimu menjelang cabaran dan dugaan yang membasahi tubuhmu.
Kembalikan hati mu kepada yang berhak menerimanya
Agar kau merasai erti bahagia yang sebenar.


Wahai manusia yang menyampaikan
Lapangkanlah dadamu menerima teguran sahabat,
Kerana mereka insan biasa yang ada kurangnya,
Mereka menyayangi  dirimu agar kau lebih sempurna,


Disaat Kita kekurangan,
Sahabatlah yang mengisi kelopongan yang ada pada diri ini,
Maka ketahuilah,
Teguran mereka hanya ingin dikau memperbaiki kelemahanmu,
Menjadikan ia kelebihan pada dirimu.


Duri-duri disepanjang perjalananmu ibarat zikir yang membasahi bibir,
Kerna itulah lumrah hidupmu wahai pejuang,
Janganlah sesekali dikau menyesal berada pada barisan jalan yang benar,
Teguhkanlah imanmu dan tegakkanlah Agama yang sempurna.


Ingatlah, janji Tuhan itu pasti…

Nikmat Kesihatan Yang Sering Kita Lupa




Salam sahabat semua..hehe…Si Pembaca blog nie sihat x :) ??.. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat..Kesihatan itu nikmat yang tidak terhingga kepada kita, tapi perkara inilah sebenarnya yang kita selalu lupa ;) ..


Yela, mane tak lupa kan kawan-kawan… Da hampir hari-hari kita sihat.. So xrase la nikmat kesihatan itu satu anugerah yang sangat best!!!...hehe~~.. Tapi bila datang penyakit atau kesakitan kepada diri kita, haa… Masa tulah kita ingat, Ya Allah Nikmatnya kesihatan ya Allah.. Berilah aku peluang untuk sihat kembali..


Ooo…Bile da sakit baru nak ingat ea.. Bila kita ada kuasa nak beribadah tak pulak kita rasa rendah diri… Sujudkan ego dihadapan Tuhan…hehehe~…Tpp…. Atleast.. Sedar la jugak bile time sakit tu … So kire masih bagus la.. Ada orang tu, da sakit pun lansung xsedar, lagi marah takdir ada lah..golongan ni yang kesian tu ..ish3..


Kalau kita tergolong dalam golongan nie cepat-cepat la istifar ye, sama-sama kita berdoa minta dijauhkan dari perasaan tu.. Sebenarnya yang paling bahaya ialah kita lupa disaat yang Maha esa memberikan kita nikmat, lalu kita semakin lupa kepadanya , lalu ditambah lagi nikmat supaya kita lebih lagi jauh dari pencipta… Perkara yang macam ni yang perlu kita minta jauhkan..Perkara ini di sebut sebagai ISTIDRAJ .


Makna Istidraj , Apabila kita melakukan kemungkaran kepada yang Esa , maka ditambah pula nikmat supaya kita lebih lalai kepadanya, ia disebut sebagai pemberian yang tidak redha. Sob2.. Allahurobbi…Takutkan kawan-kawan??..yela kita doa, dan dapat perkara itu tapi sedangkan perkara itu tidak diredhai Allah.. Kalau kita dapat sesuatu nikmat tu, tapi disebabkan nikmat itu kita jauh dari pencipta kita, cepat-cepat la kita tinggalkan perkara itu/ bertaubat..


Haa apa kata, disebabkan kebiasaanya iman kita bertambah apabila kita susah atau sakit, Sooo apa kata… Waktu kita sihat, kita fikirlah… ya Allah .. Kesenangan aku xlama, maka ingatkan lah aku setiap masa bahawa se nya segala kesenangan ini hanya milikmu yang engkau pinjamkan kepada ku Tuhanku. Ingatkan lah hambamu yang lemah ini ya Allah untuk sentiasa taat pada perintahmu :) aminnnnnn..hehe~~..Tapi jangan salah faham pulak ye, kite bukan memohon mendapat penyakit taw :O ..

Pesanan terakhir saya untuk post ini , jagalah kesihatan ye kawan-kawan  n_n   ...

Friday 8 March 2013

Memecah Benteng Kebiasaan





Memecah benteng kebiasaan bermaksud kita kena jadi luar biasa k??..Tak lah..Saya tidak bermaksud agar anda menjadi paradoks ( membuat perkara yang luar kebiasaan orang/perkara yang orang xbuat).. (Contoh paradoks, orang berjalan menggunakan kaki, tetapi kita berjalan menggunakan tangan, lalu kita akan digelar paradoks)..Tetapi melawan perkara yang tidak baik, yang menjadi kebiasaan dalam diri kita yang harus kita usahakan.


Kebiasaan atau kelaziman adalah perkara yang selalu kita ulang boleh jadi pada setiap hari, minggu , tahun ataupun pada masa-masa yang tertentu. Kebiasaan merupakan aktiviti yang tidak perlu kita rancang, kerana ia merupakan “routine” pada tubuh kita dek kerana perkara itu selalu dipupuk sehingga ia seakan sebati dengan hati kita.


Ok saya bagi contoh, tiap pagi Ali pergi ke sekolah menaiki bus. Abu pun bertanya, kenapa ko xnaik motor ali?.. Ko kan ada motor, naik motor lagi senang.. Ali : Ntah, munkin sebab aku da biasa naik bus kot..


Saya nak tanya la, agak-agaknya, pada sebelum ali biasa naik bus, dia terfikir tak untuk naik motor ke sekolah??...jawapanya mesti  laa…ya... Sebelum sesuatu perkara itu menjadi kebiasaan , kita akan berfikir dulu untuk membuat perkara itu..Tapi bila da biasa, kite akan buat perkara itu tanpa berfikir. Macam kisah ali ini tadi, munkin pada dulunya dia memilih untuk naik kenderaan apa, untuk pergi ke sekolah, tapi oleh kerana dia kerap membuat keputusan yang sama, lalu ia menjadi kebiasaan..Dia tidak perlu memikirkan lagi kenderaan apa yang dia ingin naiki tiap pagi untuk pergi ke sekolah walaupun kenderaan yang dia pilih itu bukanlah keputusan yang baik sebenarnya.


Begitu juga dengan diri kita sebenarnya, jika kita kerap melakukan perkara yang tidak baik , badan kita akan mula menerima perkara itu, kita tidak akan rasa bersalah pun melakukan perkara yang tidak baik dek kerana badan kita mula menerimanya. Tetapi alangkah indahnya jika yang menjadi kebiasaan itu adalah perkara yang baik :) .. Jika badan kita mula menerima perkara yang baik sebagai kebiasaan, secara automatiknya badan kita akan menolak perkara yang jahat.


                                                                         




Bagaimana untuk memecahkan benteng kebiasaan??.. Benteng kebiasaan yang saya cakapkan ialah kebiasaan tentang perkara yang tidak baik, lalu ia harus dipecahkan.. Ia semua bermula dengan hati.


Sabda Rasul S.a.w   “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadith diatas jelas menunjukan bagaimana pentingnya menjaga hati dalam mencorak diri kita, macam mana pula ingin menjaga hati???.. Innamal a’malu bin niyat. Setiap perbuatan disertai/bermula dengan niat.. Haa kita kena la niat perkara yang baik-baik, barulah perbuatan kita pun akan dicorak baik, sekaligus, hati tidak akan dikotori dengan dosa-dosa dari kesan perbuatan tubuh kita.


Dosa-dosa ibarat titik hitam pada hati kita.. Setiap kali kita membuat dosa, akan hadir satu titik hitam dalam hati kita..Sehingga pada suatu saat dimana titik-titik hitam ini memenuhi hati kita, tiada lagi sinar cahaya akan memasuki hati kita. Disaat itu, hanya hidayah daripada Allah s.w.t mampu untuk merubah kehidupan seseorang itu.


Tiada perkara yang cepat untuk kita dapatkan, bak kata "Amin Idris" personaliti Tv Al-Hijjrah, setiap perkara itu ada prosesnya. Tidak ada orang yang mampu berubah dalam sekelip mata.. Maggi yang express tu pun masih memerlukan proses sebelum ianya boleh dimakan. Yang penting kita jangan berhenti berusaha untuk berubah kearah kebaikan. In shaa Allah boleh :) , Tuhan tidak memandang sehebat mana hambanya berubah daripada jahat kepada kebaikan ,tetapi Tuhan melihat sehebat mana usaha kita untuk mengubahnya.

Sunday 3 March 2013

"Gerila Di Lahad Datu" Merupakan Isu Bersama

Cakna Semasa.


                       

                                                          Gerila Di Lahad Datu.




Wahai sahabat-sahabatku.. Tolong cakna tentang isu sahabat kita di Sabah. Banyak pendakwah-pendakwah bebas yang pergi ke sana (Sabah,Sarawak)  berusaha untuk menyebarkan dakwah kepada saudara mara kita disana.Sekurang-kurangnya, kita tahu tentang keadaan mereka disana.


Ok perhatian - sekarang di facebook rata-ratanya kita dapat lihat banyak orang yang "share" jika ada sebarang sekatan jalan raya, jangan sebarkan apa-apa maklumat negara yang kita tahu kepada mereka, kemunkinan ia adalah kerja tentera sultan sulu yang ingin mendapat maklumat dari kita.Tetapi ia tidak menghalang kita untuk tidak cakna akan isu ini.

Panglima Angkatan Tentera- Jeneral Tan Sri Zulkifeli menyifatkan Pengikut Sultan Sulu Mahir berperang ala Gerila. Kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Askar Diraja Sulu yang menawan Kampung Tanduo sejak 9 febuari lalu disahkan memiliki kemahiran berperang yang tinggi.

Saya tidak akan mengulas mengapa Sultan Sulu ingin merampas kepulauan ini, Saya kira di Youtube banyak video penjelasan mengapa mereka inginkan kawasan ini.Sila lihat, dan nilai.

Sebagai rakyat Malaysia sendiri, saya kira, ramai yang mempunyai pendapat yang sama dengan saya agar tidak mempolitikkan isu keselamatan rakyat. Saya Mengambil Kata-kata dari 3 orang Pemimpin.

Kata2 PM, Dato Seri Najib : Beliau mengarah siasat dakwaan pemimpin pebangkang terlibat (sumber Suratkhabar, Tv dan bahan Internet). (Ramai Blogger yang bersifat berat kepada sesebuah parti mula melakukan spekulasi dan tuduhan kepada Pemimpin parti yang lain).

Kata2 Tuan Guru Nik Aziz : Usah perjudikan keselamatan negera demi kepentingan politik. Doakan terbaik teman, semoga apa yang berlaku memberi pengiktibaran kepada kita. Doakan keselamatan Sabah, sebab mereka juga rakyat Malaysia.
Ada "orang" lebih seronok berkempen untuk pilihanraya walaupun takut untuk bubarkan parlimen daripada memberi fokus untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di Sabah.
Doakan, semoga Allah melindungi Sabah daripada apa jua mara bahaya.

Kata2 Dato Seri Anuar Ibrahim : Agak aneh, kerana Menteri Dalam Negeri , Menteri Pertahanan begitu lambat sekali memberikan riaksi, seolah-olah, wilayah lahad datu dan sabah itu boleh dikepung orang asing dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa melainkan berunding, ia menunjukan kelemahan kita.



Saya mengharapkan yang terbaik untuk negeri di bawah bayu yang sedang dilanda krisis itu. Saya berharap , krisis ini diselesaikan terlebih dahulu, jika ada sebarang tuduhan terhadap mana2 pemimpin sila lakukan selepas pengolakan mulai reda,kerana ia melibatkan keselamatan rakyat.Kebanyakan penduduk kampung mula berpindah untuk langkah keselamatan.

Saya Kagum dengan sikap Pendudukan kampung yang ingin pertahankan kampung mereka, dimana 20 orang pemuda kampung sinalang Lama membelasah penceroboh Sultan Sulu sehingga mati. Serangan terbaru penceroboh mengakibatkan 6 orang terkorban iaitu seorang Pegawai dan 5 orang anggota pasukan. Kita tidak mahu lebih ramai lagi rakyat kita yang terkorban.



 Bagi rakyat Malaysia seluruhnya, janganlah sibuk mempolitikkan isu keselamatan ini, berhenti menunding jari, sedangkan bilangan yang terkorban kian bertambah hari demi hari..Sekurang-kurangnya kita yang tak dapat menyumbangkan apa-apa ini, Lakukan Solat hajat dan berdoa untuk keselamatan kita seluruhnya.

Tuesday 26 February 2013

Mendera Suatu Kebiasaan





Apa bebudak blogger ni, dera dia kata biasa..Apa yang biasanya???..
Saya bincangkan dibawah, sekarang saya ingin aju'kan dahulu satu persoalan, jawab la ye (dalam hati je).


INSANKAH MANUSIA?


Sedikit pencerahan.Apakah yang dimaksudkan dengan insan?? Dan bagaimana pula dengan manusia??...ok, sebenarnya kedua-duanya merujuk dan membawa maksud yang sama. Mengikut terjemahan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,  “Insan bermaksud human being”, manusia ataupun mahluk yang dicipta oleh Allah swt yang tidak terlepas dari kealpaan.


Saya ingin tekankan bahawa “Seorang manusia itu tidak semestinya seorang insan, juga seorang insan itu tidak bermakna dia seorang manusia”. Saya perjelaskan, mungkin pada ciri fizikalnya bertepatan dengan ciri fizikal seorang manusia tetapi tingkah lakunya tidak menunjukkan sedemikian.
Saya perhaluskan, pernah atau tidak anda mendengar manusia yang tidak berperi kemanusiaan?.. Ok lihat kembali kepada tajuk kita, kenapa saya mengatakan bahawa
 Mendera Itu Suatu Kebiasaan.


Pada hari ini kita dapat lihat pelbagai deraan yang dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain, ada yang mendera pembantu rumah, ada yang mendera kaum keluarga sendiri dan macam-macam lagi. Lazimnya, dera ini melibatkan dua pihak yang mana satu pihak mempunyai kuasa akan mendera pihak yang lemah. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan isu penderaan bayi oleh pembantu rumah. Apabila buletin menyiarkan satu video penderaan terbabit, dengan pantasnya saya mendengar ada insan yang berkata “Setan, tak de hati perut langsung”,ada juga yang berkata “Woi, ko datang negara ni pun merempat, orang bagi keje buat macam #+@$#  plak”.


Bagi saya, itu merupakan reaksi positif sebenarnya, kerana memang fitrah manusia menbenci kejahatan, Cuma adabnya sahaja yang tiada apabila bercakap. Namun sejauh manakah kesedaran kita tentang isu ini?..Saya yakin banyak lagi isu penderaan diluar sana yang telah dan masih lagi berjalan, yang lansung tidak terakam dalam suratkhabar mahupun media semasa.



Saya berkongsi satu kisah, suatu pagi semasa saya keluar bilik hendak pergi ke kelas dimana waktu itu penduduk kolej sedang berpusu-pusu hendak pergi ke fakulti masing-masing, lalu saya lihat seorang pak cik yang merupakan cleaner kolej kami sedang mengambil sampah pada setiap tong sampah di koridor .saya sangat hormat pada setiap cleaner kolej dan fakulti,sebab saya tahu, tanpa mereka banyak perkara yang akan tergendala.Tiba-tiba ada kucing yang lalu dengan terserlah kecomelanya ;) ,tetapi pak cik cleaner tersebut menghalau kucing itu , saya paham, mungkin kucing mendatangkan susah padanya, kerana kadang-kadang kucing itu buang hajat kat tandas kami, memandangkan kami berada ditingkat yang kedua,munkin idea membela kucing tidak relevan. Namun apa saya terkejut ialah, Pak cik tersebut menendang kucing itu sehingga jatuh dari tingkat kami (tingkat 2). Nasib baik di tingkat satu ada orang yang menyidai tuala di ampaian, lalu kucing itu sempat menerkam dan bergayut pada tuala, kalau tak, mesti da penyek kat groundfloor hehe ..Tapi kesian kat kucing tu.


Apa yang ingin saya sampaikan ialah, Jika kita sendiri pun tidak mampu menyayangi binatang, bagaimana kita ingin menyayangi orang lain  (manusia) yang sifatnya mempunyai pelbagai karenah dan kehendak?..Jauh sekali untuk meminta orang lain pula untuk menyayangi ahli keluarga kita, kerana itulah saya mengatakan mendera itu sebenarnya suatu kebiasaan.

Kita dijadikan di muka bumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dengan menunaikan hak masing-masing. Bukan manusia sahaja mempunyai hak , haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai hak mereka. Jika hak alam sekitar  yang mudah pun kita tidak dapat tunaikan, bagaimana kita mampu untuk menunaikan hak manusia yang besar?.


Jika kita fikir tentang semua itu, rasenye macam tidak mungkin kita dapat tunaikan semua hak itu..Tapi percaya atau tidak, jika kita ikut ajaran Islam dengan betul, dan patuh kepada perintah Allah swt serta menjauh laranganya, secara automatiknya semua hak tersebut tertunai, Jika kita tunai hak yang utama iaitu sebagai hamba Allah swt, segalanya akan menyusul dengan mudah In shaa Allah ..Bagi saya, bayi dan haiwan ada  mempunyai persamaan, kerana mereka tidak mempunyai dosa..berbanding diri ini yang setiap hari melakukan dosa :( ..kerana itulah saya menganggap golongan ini sebagai Cute Comel Semualah senang cite.
Semoga kita menjadi Insan yang penyayang :)

Sunday 24 February 2013

Bahagia yang Dicari




Bila sebut tentang bahagia, Semua orang inginkan kebahagiaan :)  ,tidak kiralah kita sebagai anak, mungkin sebagai ibu atau bapa. Ramai yang cenderung mencari cinta kepada manusia sebagai sumber utama untuk mereka mencari kebahagiaan. Namun apa yang berlaku ialah ia akhirnya berlaku sebaliknya. Apakah sebenarnya kebahagiaan?. Adakah dengan mendapat apa yang kita inginkan, itulah yang dinamakan bahagia?

Kebahagian merupakan keajaiban yang Allah beri dalam kehidupan insan yang tidak berdasarkan kepada harta.

Kata-kata Hamka:
Ak lihat seorang yang miskin, selepas kerja, dia makan dengan penuh selera, lalu ak lalu dengan orang yang kaya dengan kereta besar , dengan gudang yang besar. Orang kaya bercakap, saya ada gedung besar ,kereta besar tapi tidak boleh makan seenak itu.

Bila Allah beri nikmat insan beribat kepadanya, ia pun satu keajaiban.
Kita minta hasana didunia , Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata siapa yang Allah tak bagi syurga didunia ini, kemunkinan besar dia tidak dapat syurga diakhirat. Syurga kita duduk dalam jiwa kita. Sebab itu para pejuang agama Allah, penat berlari dan berlawan semasa peperangan, tetapi hati mereka bahagia. Juga kita minta bahagia diakhirat, dimana destinasi akhir yang ingin kita tuju adalah masuk kedalam syurga Allah.Orang yang duduk dalam peperangan jika kita gambarkan sangat dahsyat, tapi bagaimana dengan orang yang duduk dipadang masyar?.Jika didunia kita menunggu beratur 2,3 jam kita sudah tidak sanggup, dipadang masyar kelak kita akan menunggu ribuan tahun untuk setiap manusia di hisab. Sepanjang masa kita berdiri, dengan orang sebelah-sebelah yang kita tidak kenal, Dia memikirkan masalah dia, kita memikirkan masalah kita. Jika Allah beri hasana diakhirat , Allah jadikan semasa kita di masyar itu ringan, maka ia adalah kemuncak kebahagian.

Ada yang mengatakan doa “robbana atina fiddunya hasana”. Merupakan ibu segala doa.ia sebenarnya perbuatan Anas bin Malik, kerana beliau tidak pernah lupa apabila berdoa untuk memasukkan ayat tersebut, kerana doa ini adalah doa yang merangkumi semua.

Jom kita berdoa agar kita peroleh bahagia di Dunia dan di akhirat :)
Amin.

Sunday 17 February 2013

Fenomena Setia Hujung Nyawa



  Drama adaptasi novel ini baru sahaja berakhir episodnya, drama ini meninggalkan impak yang besar terutama kepada para remaja kerana jalan cerita ini berteraskan cinta. Sepanjang 28 episode yang disiarkan di tv3 , cerita ini telah mendapat sambutan penonton yang paling ramai setakat ini, berdasarkan rating di laman sesawang rasmi tv3 .

 Namun, apa yang ingin saya kupas pada hari ini bukanlah tentang cinta, kerana saya pasti ramai lagi diluar sana dapat mentafsirkan cinta mungkin kepada seribu cabang tafsiran. Kita tidak akan dapat lari dari perasaan cinta kerana ia merupakan fitrah seorang manusia, namun saya tetap beranggapan bahawa anda semua tahu cinta kepada pencipta tetap no 1. 

Apa yang ingin saya kupas dari drama bersiri ini adalah berkaitan dengan "Attraction between Creature". kalau kita orang baik, aura baik dalam diri kita akan menarik perkara baik dekat dengan kita, kalau kita orang jahat, mesti ada je benda jahat yang attract dengan kita. Kepada sesiapa yang menonton cerita ini, juga tidak lupa kepada peminat setia novel ini, pastinya lebih arif tentang plot serta jalan ceritanya, tetapi saya tetap akan mengupas sedikit plot drama ini!!!..hehe..Cerita ini menyajikan kita dengan permasalahan dan konflik dalam perkahwinan yang dilalui oleh watak utamanya Ersalina imani dan Zain hakimi , namun apa kebaikan yang semua boleh dapat dari cerita ini ialah seperti Firman Allah swt didalam Al-Quran 

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
                                                                                                             an-nur ayat 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Dalam cerita ini kita dapat lihat dimana zain hakimi dan keluarganya berusaha untuk mendapatkan wanita yang baik untuk dijadikan isteri, akan tetapi pada akhirnya dia berkahwin dengan seorang wanita yang dilihat luarnya baik tapi sebenarnya telah rosak. Sejajar dengan ayat Al-Quran diatas , kerana kita dapat lihat dalam cerita ini, bahawa zain hakimi bukanlah sebaik yang disangkakan, dia juga pernah merosakkan seorang wanita di masa lampaunya, yang pada akhirnya dia juga dikurniakan pasangan yang mempunyai latar belakang yang sama dengannya. Kalau macam tu, jom la pakat ramai-ramai jadi orang baik, supaya kita semua dapat pasangan yang baik kelak ;) 




Ingat lagi tak kata-kata ni??.. 

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

Muhasabah diri kita, Allah tidak memandang seburuk mana masa lampau kita, selagimana kita berusaha untuk bertaubat dan berubah, kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba-hambnya.