Apa bebudak
blogger ni, dera dia kata biasa..Apa yang biasanya???..
Saya
bincangkan dibawah, sekarang saya ingin aju'kan dahulu satu persoalan, jawab la
ye (dalam hati je).
INSANKAH
MANUSIA?
Sedikit pencerahan.Apakah yang dimaksudkan dengan insan?? Dan bagaimana
pula dengan manusia??...ok, sebenarnya kedua-duanya merujuk dan membawa maksud yang
sama. Mengikut terjemahan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, “Insan bermaksud human being”, manusia ataupun
mahluk yang dicipta oleh Allah swt yang tidak terlepas dari kealpaan.
Saya ingin
tekankan bahawa “Seorang manusia itu tidak semestinya seorang insan, juga
seorang insan itu tidak bermakna dia seorang manusia”. Saya perjelaskan, mungkin
pada ciri fizikalnya bertepatan dengan ciri fizikal seorang manusia tetapi
tingkah lakunya tidak menunjukkan sedemikian.
Saya
perhaluskan, pernah atau tidak anda mendengar manusia yang tidak berperi
kemanusiaan?.. Ok lihat kembali kepada tajuk kita, kenapa saya mengatakan
bahawa
Mendera
Itu Suatu Kebiasaan.
Pada hari
ini kita dapat lihat pelbagai deraan yang dilakukan oleh manusia kepada manusia
yang lain, ada yang mendera pembantu rumah, ada yang mendera kaum keluarga
sendiri dan macam-macam lagi. Lazimnya, dera ini melibatkan dua pihak yang mana
satu pihak mempunyai kuasa akan mendera pihak yang lemah. Baru-baru ini negara
kita digemparkan dengan isu penderaan bayi oleh pembantu rumah. Apabila buletin
menyiarkan satu video penderaan terbabit, dengan pantasnya saya mendengar ada insan
yang berkata “Setan, tak de hati perut langsung”,ada juga yang berkata “Woi, ko
datang negara ni pun merempat, orang bagi keje buat macam #+@$# plak”.
Bagi saya,
itu merupakan reaksi positif sebenarnya, kerana memang fitrah manusia menbenci
kejahatan, Cuma adabnya sahaja yang tiada apabila bercakap. Namun sejauh
manakah kesedaran kita tentang isu ini?..Saya yakin banyak lagi isu penderaan
diluar sana yang telah dan masih lagi berjalan, yang lansung tidak terakam
dalam suratkhabar mahupun media semasa.
Saya
berkongsi satu kisah, suatu pagi semasa saya keluar bilik hendak pergi ke kelas
dimana waktu itu penduduk kolej sedang berpusu-pusu hendak pergi ke fakulti masing-masing,
lalu saya lihat seorang pak cik yang merupakan cleaner kolej kami sedang
mengambil sampah pada setiap tong sampah di koridor .saya sangat hormat pada
setiap cleaner kolej dan fakulti,sebab saya tahu, tanpa mereka banyak perkara
yang akan tergendala.Tiba-tiba ada kucing yang lalu dengan terserlah kecomelanya
;) ,tetapi pak cik cleaner tersebut menghalau kucing itu , saya paham, mungkin
kucing mendatangkan susah padanya, kerana kadang-kadang kucing itu buang hajat
kat tandas kami, memandangkan kami berada ditingkat yang kedua,munkin idea
membela kucing tidak relevan. Namun apa saya terkejut ialah, Pak cik tersebut
menendang kucing itu sehingga jatuh dari tingkat kami (tingkat 2). Nasib baik
di tingkat satu ada orang yang menyidai tuala di ampaian, lalu kucing itu
sempat menerkam dan bergayut pada tuala, kalau tak, mesti da penyek kat
groundfloor hehe ..Tapi kesian kat kucing tu.
Apa yang
ingin saya sampaikan ialah, Jika kita sendiri pun tidak mampu menyayangi binatang,
bagaimana kita ingin menyayangi orang lain (manusia) yang sifatnya mempunyai pelbagai
karenah dan kehendak?..Jauh sekali untuk meminta orang lain pula untuk
menyayangi ahli keluarga kita, kerana itulah saya mengatakan mendera itu sebenarnya suatu kebiasaan.
Kita
dijadikan di muka bumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dengan
menunaikan hak masing-masing. Bukan manusia sahaja mempunyai hak , haiwan dan tumbuh-tumbuhan
juga mempunyai hak mereka. Jika hak alam sekitar yang mudah pun kita tidak dapat tunaikan,
bagaimana kita mampu untuk menunaikan hak manusia yang besar?.
Jika kita
fikir tentang semua itu, rasenye macam tidak mungkin kita dapat tunaikan semua hak
itu..Tapi percaya atau tidak, jika kita ikut ajaran Islam dengan betul, dan
patuh kepada perintah Allah swt serta menjauh laranganya, secara automatiknya
semua hak tersebut tertunai, Jika kita tunai hak yang utama iaitu sebagai hamba Allah swt, segalanya akan menyusul dengan mudah In shaa Allah ..Bagi saya, bayi dan haiwan ada mempunyai persamaan, kerana mereka tidak mempunyai dosa..berbanding diri ini yang setiap hari melakukan dosa :( ..kerana itulah saya menganggap golongan ini sebagai Cute Comel Semualah senang cite.
Semoga kita
menjadi Insan yang penyayang :)
terbaik!!!
ReplyDeleteTerima kasih Cinta ilahi :)
Delete