Tuesday 26 February 2013

Mendera Suatu Kebiasaan





Apa bebudak blogger ni, dera dia kata biasa..Apa yang biasanya???..
Saya bincangkan dibawah, sekarang saya ingin aju'kan dahulu satu persoalan, jawab la ye (dalam hati je).


INSANKAH MANUSIA?


Sedikit pencerahan.Apakah yang dimaksudkan dengan insan?? Dan bagaimana pula dengan manusia??...ok, sebenarnya kedua-duanya merujuk dan membawa maksud yang sama. Mengikut terjemahan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,  “Insan bermaksud human being”, manusia ataupun mahluk yang dicipta oleh Allah swt yang tidak terlepas dari kealpaan.


Saya ingin tekankan bahawa “Seorang manusia itu tidak semestinya seorang insan, juga seorang insan itu tidak bermakna dia seorang manusia”. Saya perjelaskan, mungkin pada ciri fizikalnya bertepatan dengan ciri fizikal seorang manusia tetapi tingkah lakunya tidak menunjukkan sedemikian.
Saya perhaluskan, pernah atau tidak anda mendengar manusia yang tidak berperi kemanusiaan?.. Ok lihat kembali kepada tajuk kita, kenapa saya mengatakan bahawa
 Mendera Itu Suatu Kebiasaan.


Pada hari ini kita dapat lihat pelbagai deraan yang dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain, ada yang mendera pembantu rumah, ada yang mendera kaum keluarga sendiri dan macam-macam lagi. Lazimnya, dera ini melibatkan dua pihak yang mana satu pihak mempunyai kuasa akan mendera pihak yang lemah. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan isu penderaan bayi oleh pembantu rumah. Apabila buletin menyiarkan satu video penderaan terbabit, dengan pantasnya saya mendengar ada insan yang berkata “Setan, tak de hati perut langsung”,ada juga yang berkata “Woi, ko datang negara ni pun merempat, orang bagi keje buat macam #+@$#  plak”.


Bagi saya, itu merupakan reaksi positif sebenarnya, kerana memang fitrah manusia menbenci kejahatan, Cuma adabnya sahaja yang tiada apabila bercakap. Namun sejauh manakah kesedaran kita tentang isu ini?..Saya yakin banyak lagi isu penderaan diluar sana yang telah dan masih lagi berjalan, yang lansung tidak terakam dalam suratkhabar mahupun media semasa.



Saya berkongsi satu kisah, suatu pagi semasa saya keluar bilik hendak pergi ke kelas dimana waktu itu penduduk kolej sedang berpusu-pusu hendak pergi ke fakulti masing-masing, lalu saya lihat seorang pak cik yang merupakan cleaner kolej kami sedang mengambil sampah pada setiap tong sampah di koridor .saya sangat hormat pada setiap cleaner kolej dan fakulti,sebab saya tahu, tanpa mereka banyak perkara yang akan tergendala.Tiba-tiba ada kucing yang lalu dengan terserlah kecomelanya ;) ,tetapi pak cik cleaner tersebut menghalau kucing itu , saya paham, mungkin kucing mendatangkan susah padanya, kerana kadang-kadang kucing itu buang hajat kat tandas kami, memandangkan kami berada ditingkat yang kedua,munkin idea membela kucing tidak relevan. Namun apa saya terkejut ialah, Pak cik tersebut menendang kucing itu sehingga jatuh dari tingkat kami (tingkat 2). Nasib baik di tingkat satu ada orang yang menyidai tuala di ampaian, lalu kucing itu sempat menerkam dan bergayut pada tuala, kalau tak, mesti da penyek kat groundfloor hehe ..Tapi kesian kat kucing tu.


Apa yang ingin saya sampaikan ialah, Jika kita sendiri pun tidak mampu menyayangi binatang, bagaimana kita ingin menyayangi orang lain  (manusia) yang sifatnya mempunyai pelbagai karenah dan kehendak?..Jauh sekali untuk meminta orang lain pula untuk menyayangi ahli keluarga kita, kerana itulah saya mengatakan mendera itu sebenarnya suatu kebiasaan.

Kita dijadikan di muka bumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dengan menunaikan hak masing-masing. Bukan manusia sahaja mempunyai hak , haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai hak mereka. Jika hak alam sekitar  yang mudah pun kita tidak dapat tunaikan, bagaimana kita mampu untuk menunaikan hak manusia yang besar?.


Jika kita fikir tentang semua itu, rasenye macam tidak mungkin kita dapat tunaikan semua hak itu..Tapi percaya atau tidak, jika kita ikut ajaran Islam dengan betul, dan patuh kepada perintah Allah swt serta menjauh laranganya, secara automatiknya semua hak tersebut tertunai, Jika kita tunai hak yang utama iaitu sebagai hamba Allah swt, segalanya akan menyusul dengan mudah In shaa Allah ..Bagi saya, bayi dan haiwan ada  mempunyai persamaan, kerana mereka tidak mempunyai dosa..berbanding diri ini yang setiap hari melakukan dosa :( ..kerana itulah saya menganggap golongan ini sebagai Cute Comel Semualah senang cite.
Semoga kita menjadi Insan yang penyayang :)

Sunday 24 February 2013

Bahagia yang Dicari




Bila sebut tentang bahagia, Semua orang inginkan kebahagiaan :)  ,tidak kiralah kita sebagai anak, mungkin sebagai ibu atau bapa. Ramai yang cenderung mencari cinta kepada manusia sebagai sumber utama untuk mereka mencari kebahagiaan. Namun apa yang berlaku ialah ia akhirnya berlaku sebaliknya. Apakah sebenarnya kebahagiaan?. Adakah dengan mendapat apa yang kita inginkan, itulah yang dinamakan bahagia?

Kebahagian merupakan keajaiban yang Allah beri dalam kehidupan insan yang tidak berdasarkan kepada harta.

Kata-kata Hamka:
Ak lihat seorang yang miskin, selepas kerja, dia makan dengan penuh selera, lalu ak lalu dengan orang yang kaya dengan kereta besar , dengan gudang yang besar. Orang kaya bercakap, saya ada gedung besar ,kereta besar tapi tidak boleh makan seenak itu.

Bila Allah beri nikmat insan beribat kepadanya, ia pun satu keajaiban.
Kita minta hasana didunia , Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata siapa yang Allah tak bagi syurga didunia ini, kemunkinan besar dia tidak dapat syurga diakhirat. Syurga kita duduk dalam jiwa kita. Sebab itu para pejuang agama Allah, penat berlari dan berlawan semasa peperangan, tetapi hati mereka bahagia. Juga kita minta bahagia diakhirat, dimana destinasi akhir yang ingin kita tuju adalah masuk kedalam syurga Allah.Orang yang duduk dalam peperangan jika kita gambarkan sangat dahsyat, tapi bagaimana dengan orang yang duduk dipadang masyar?.Jika didunia kita menunggu beratur 2,3 jam kita sudah tidak sanggup, dipadang masyar kelak kita akan menunggu ribuan tahun untuk setiap manusia di hisab. Sepanjang masa kita berdiri, dengan orang sebelah-sebelah yang kita tidak kenal, Dia memikirkan masalah dia, kita memikirkan masalah kita. Jika Allah beri hasana diakhirat , Allah jadikan semasa kita di masyar itu ringan, maka ia adalah kemuncak kebahagian.

Ada yang mengatakan doa “robbana atina fiddunya hasana”. Merupakan ibu segala doa.ia sebenarnya perbuatan Anas bin Malik, kerana beliau tidak pernah lupa apabila berdoa untuk memasukkan ayat tersebut, kerana doa ini adalah doa yang merangkumi semua.

Jom kita berdoa agar kita peroleh bahagia di Dunia dan di akhirat :)
Amin.

Sunday 17 February 2013

Fenomena Setia Hujung Nyawa



  Drama adaptasi novel ini baru sahaja berakhir episodnya, drama ini meninggalkan impak yang besar terutama kepada para remaja kerana jalan cerita ini berteraskan cinta. Sepanjang 28 episode yang disiarkan di tv3 , cerita ini telah mendapat sambutan penonton yang paling ramai setakat ini, berdasarkan rating di laman sesawang rasmi tv3 .

 Namun, apa yang ingin saya kupas pada hari ini bukanlah tentang cinta, kerana saya pasti ramai lagi diluar sana dapat mentafsirkan cinta mungkin kepada seribu cabang tafsiran. Kita tidak akan dapat lari dari perasaan cinta kerana ia merupakan fitrah seorang manusia, namun saya tetap beranggapan bahawa anda semua tahu cinta kepada pencipta tetap no 1. 

Apa yang ingin saya kupas dari drama bersiri ini adalah berkaitan dengan "Attraction between Creature". kalau kita orang baik, aura baik dalam diri kita akan menarik perkara baik dekat dengan kita, kalau kita orang jahat, mesti ada je benda jahat yang attract dengan kita. Kepada sesiapa yang menonton cerita ini, juga tidak lupa kepada peminat setia novel ini, pastinya lebih arif tentang plot serta jalan ceritanya, tetapi saya tetap akan mengupas sedikit plot drama ini!!!..hehe..Cerita ini menyajikan kita dengan permasalahan dan konflik dalam perkahwinan yang dilalui oleh watak utamanya Ersalina imani dan Zain hakimi , namun apa kebaikan yang semua boleh dapat dari cerita ini ialah seperti Firman Allah swt didalam Al-Quran 

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
                                                                                                             an-nur ayat 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Dalam cerita ini kita dapat lihat dimana zain hakimi dan keluarganya berusaha untuk mendapatkan wanita yang baik untuk dijadikan isteri, akan tetapi pada akhirnya dia berkahwin dengan seorang wanita yang dilihat luarnya baik tapi sebenarnya telah rosak. Sejajar dengan ayat Al-Quran diatas , kerana kita dapat lihat dalam cerita ini, bahawa zain hakimi bukanlah sebaik yang disangkakan, dia juga pernah merosakkan seorang wanita di masa lampaunya, yang pada akhirnya dia juga dikurniakan pasangan yang mempunyai latar belakang yang sama dengannya. Kalau macam tu, jom la pakat ramai-ramai jadi orang baik, supaya kita semua dapat pasangan yang baik kelak ;) 




Ingat lagi tak kata-kata ni??.. 

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

Muhasabah diri kita, Allah tidak memandang seburuk mana masa lampau kita, selagimana kita berusaha untuk bertaubat dan berubah, kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba-hambnya.





Friday 15 February 2013

Puasa Jumaat.





   Puasa jumaat?..ada k?..
Petang tadi saya pergi ke sebuah shopping mall mencari barangan untuk talifon bimbit saya.Setibanya saya disitu, pekerja kerja kedai itu sangat ramah :) ..Dia mengajak saya untuk berborak, dan saya selesa dengan keadaan itu, mungkin itu salah satu cara dia menarik hati pelanggannya. Bagi saya ,cara itu amat berkesan, boleh la cuba ye siapa yang ada perniagaan tu.

Situasi ini berlaku apabila penjual yang ramah itu 'offer' saya makanan ditangannya (jajan). Saya pun cakap dengan ringkas  : tak pela , saya nak tengok earphone nie (sambil tengok2 earphone apa yang ada dalam meja kaca).

Dia bertanya, puasa ke bang?.(tak berani bahasakan diri sebagai abang sebab dia lebih tua sebenarnya, tak tau la kalau memang saya lagi tua)..saya cakap: ehh tak la, kalau saya puasa ,saya kena puasa semalam jugak (saja ajuk) .. Tiba-tiba situasi terdiam sebentar, lalu dia menyahut kembali. Bukan hari sabtu k yang kena puasa hari jumaat jgk?..saya cakap : hari jumaat pun kena. Tanpa saya terangkan kenapa, tidak lama kemudian topik pun berubah. Keadaan kedai tidak membenarkan saya untuk menerangkan kerana saya tahu, nanti akan ada pelanggan yang datang nak beli barang, memandangkn mall yang agak popular.

  Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang apa yang pernah saya baca dan pelajari, segala pandang bolehlah anda salurkan di bahagian komen atau email saya :) .

Pengkhususan Puasa sabtu tidak digalakkn kepada umat islam kerana ia adalah hari yang diraikan oleh orang yahudi tiap minggu.     Adl Hadis Busr.

“Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali krn diwajibkan kepada kamu. Dan seandainya seseorang di antaramu tidak menemukan kecuali kulit anggur atau bungkal kayu hendaklah dimamahnya makanan itu!”.

Turmudzi mengatakan hadis itu hasan, Jumhur Ulama mengatakan "makruh untuk berpuasa hari tersebut". Berbalik kepada Puasa Hari jumaat. Ulama juga meletakan pandang yang sama iaitu makruh. Penerangannya , Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Islam . Oleh sebab itu agama melarang untuk berpuasa hari tersebut , namun larangan tersebut tidak membawa maksud "haram" tetapi makruh oleh jumhur ulama.
Riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda
“Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali jika disertai oleh satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya.”

Hari jumaat adalah hari dimana para lelaki akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat ,hari jumaat disifatkan sebagai hari yang sibuk bekerja dan berzikir.Dalam satu riwayat yang lain mengatakan bahawa   “Siapa yg hendak melakukan perbuatan sunnah di antaramu hendaklah ia berpuasa pada hari Kamis dan jangan berpuasa pada hari Jumat krn ia merupakan hari makan dan minum serta zikir.”

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu semua walaupun tidak banyak, sedikit pun sudah bersyukur :)  .Semoga Amal kita diterima. Amin.






Thursday 14 February 2013

Miskin mencari duit,Kaya mencari kejujuran.




  Tajuk diatas merupakan perkongsian pertama saya dalam blog ini,dimana ia merupakan titik tolak saya untuk terus menerajui dunia siber (IT).Doa-doakan agar saya terus istiqomah dalam melakukan apa jua  pekerjaan yang saya lakukan.

   Berbalik kepada tajuk yang kita bincangkan,mesti anda tertanya-tanya, apakah yang saya maksudkan dengan  "Miskin mencari duit, yang Kaya mencari kejujuran".

   Saudara saudari yang saya hormati sekalian, betul ataupun tidak jika saya berspekulasi bahawa perkara ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan kita secara lansung tanpa kita sedari. Jika kita lihat senario yang berlaku pada hari ini boleh saya kategorikan golongan yang tidak berduit, kecenderung mereka untuk mempercayai orang lain mungkin mencapai hampir 95% keatas. Sebaliknya, golongan yang digelar berada ataupun mempunyai wang secara Am nya lebih sukar untuk mempercayai orang lain. Saya perjelaskan, mereka yang tidak berduit tidak gusar untuk mempercayai orang lain kerana mereka berpandangan bahawa mereka tidak akan mengalami apa-apa kerugian atas perbuatan mempercayai orang lain, namun bagi golongan yang berada, ia pula berlaku sebaliknya. Mereka lebih risau untuk mencari orang yang jujur untuk menjaga hartanya. Hari ini kita dapat lihat, kerana harta , keluarga sendiri sanggup membunuh ahlinya, kejujuran sebenarya tidak dapat dibeli dengan wang, ia lahir dari hati yang tulus dan ikhlas.

    Saya teringat akan satu kata-kata yang pernah dilaungkan pada suatu ketika dahulu oleh seorang perjuang negara yang pada ketika itu, gerakan beliau dinamakan gerakan kaum muda. Beliau bernama Dr.Burhanuddin Al-Helmy. Sila rujuk buku teks tingkatan 5 atau bahan bacaan yang bernas untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diri beliau (Cikgu2 kata buku teks pun da tak boleh percaya sangat da sekarang nie)..hehe... Berikut adalah kata-kata beliau  yang saya petik.

"kita jangan takut jatuh dalam perjuangan, sebab kita tidak akan jatuh lagi". Sebagai anak jajahan, kita berada ditempat paling rendah dan sudah tidak ada tempat yang lebih rendah lagi buat kita jatuh".

Pada zaman itulah, ramai pejuang yang bangkit dari gologan masyarakat untuk pertahankan Agama dan Negara. Benarlah kata beliau , kita tidak perlu memikirkan apa-apa kerugian jika kita sudah tidak mempunyai apa-apa.Bak kata orang, All out jew apa ko buat tu, da tak ada apa nk rugi da.

Sebagai hamba Allah, segalanya akan kembali kepada penciptanya setiap penghujung nyawa. Sehebat mana pun kita didunia, selemah mana pun kita, kita tetap akan dilayan sama diakhirat kelak, cuma yang membezakan kita disana adalah taqwa. Jadi, tidak perlulah kita menunggu mati baru ingin kembali kepadanya, pada setiap permasalahan di dunia juga sebenarnya kita perlu menyandarkan diri kepadanya.
In shaa Allah ,Tuhan maha Pemurah lagi Maha mengasihi hamba-hambanya.



Post pertamaku di blog ini..



Alhamdullilah..akhirnya, aku dapat menubuhkan blogku sendiri :) ..approach dari sahabat dan kawan-kawan..terima kasih juga kepada sahabatku hafizan yang mengajar diriku menggunakan photoshop.Walaupun sehingga tertubuhnya blog ini,aku masih tidak reti menggunakan photoshop walaupun telah di ajar pada awalnya..Tapi in shaa Allah ,akan aku usahakan sehingga aku mahir menggunakannya..Harapanku, agar blog ini dapat menjadi asbab atau alat yang akan mendekatkn insan lain dengan Penciptanya.Semoga ilmu atau segala yang akan dikongsi dapat kita manfaatkan bersama.Segala penambahan idea sila tambah di ruangan komen,jangan segan2 ye :D