Sunday 17 February 2013

Fenomena Setia Hujung Nyawa



  Drama adaptasi novel ini baru sahaja berakhir episodnya, drama ini meninggalkan impak yang besar terutama kepada para remaja kerana jalan cerita ini berteraskan cinta. Sepanjang 28 episode yang disiarkan di tv3 , cerita ini telah mendapat sambutan penonton yang paling ramai setakat ini, berdasarkan rating di laman sesawang rasmi tv3 .

 Namun, apa yang ingin saya kupas pada hari ini bukanlah tentang cinta, kerana saya pasti ramai lagi diluar sana dapat mentafsirkan cinta mungkin kepada seribu cabang tafsiran. Kita tidak akan dapat lari dari perasaan cinta kerana ia merupakan fitrah seorang manusia, namun saya tetap beranggapan bahawa anda semua tahu cinta kepada pencipta tetap no 1. 

Apa yang ingin saya kupas dari drama bersiri ini adalah berkaitan dengan "Attraction between Creature". kalau kita orang baik, aura baik dalam diri kita akan menarik perkara baik dekat dengan kita, kalau kita orang jahat, mesti ada je benda jahat yang attract dengan kita. Kepada sesiapa yang menonton cerita ini, juga tidak lupa kepada peminat setia novel ini, pastinya lebih arif tentang plot serta jalan ceritanya, tetapi saya tetap akan mengupas sedikit plot drama ini!!!..hehe..Cerita ini menyajikan kita dengan permasalahan dan konflik dalam perkahwinan yang dilalui oleh watak utamanya Ersalina imani dan Zain hakimi , namun apa kebaikan yang semua boleh dapat dari cerita ini ialah seperti Firman Allah swt didalam Al-Quran 

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
                                                                                                             an-nur ayat 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Dalam cerita ini kita dapat lihat dimana zain hakimi dan keluarganya berusaha untuk mendapatkan wanita yang baik untuk dijadikan isteri, akan tetapi pada akhirnya dia berkahwin dengan seorang wanita yang dilihat luarnya baik tapi sebenarnya telah rosak. Sejajar dengan ayat Al-Quran diatas , kerana kita dapat lihat dalam cerita ini, bahawa zain hakimi bukanlah sebaik yang disangkakan, dia juga pernah merosakkan seorang wanita di masa lampaunya, yang pada akhirnya dia juga dikurniakan pasangan yang mempunyai latar belakang yang sama dengannya. Kalau macam tu, jom la pakat ramai-ramai jadi orang baik, supaya kita semua dapat pasangan yang baik kelak ;) 




Ingat lagi tak kata-kata ni??.. 

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

Muhasabah diri kita, Allah tidak memandang seburuk mana masa lampau kita, selagimana kita berusaha untuk bertaubat dan berubah, kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba-hambnya.





No comments:

Post a Comment