Friday 15 February 2013

Puasa Jumaat.





   Puasa jumaat?..ada k?..
Petang tadi saya pergi ke sebuah shopping mall mencari barangan untuk talifon bimbit saya.Setibanya saya disitu, pekerja kerja kedai itu sangat ramah :) ..Dia mengajak saya untuk berborak, dan saya selesa dengan keadaan itu, mungkin itu salah satu cara dia menarik hati pelanggannya. Bagi saya ,cara itu amat berkesan, boleh la cuba ye siapa yang ada perniagaan tu.

Situasi ini berlaku apabila penjual yang ramah itu 'offer' saya makanan ditangannya (jajan). Saya pun cakap dengan ringkas  : tak pela , saya nak tengok earphone nie (sambil tengok2 earphone apa yang ada dalam meja kaca).

Dia bertanya, puasa ke bang?.(tak berani bahasakan diri sebagai abang sebab dia lebih tua sebenarnya, tak tau la kalau memang saya lagi tua)..saya cakap: ehh tak la, kalau saya puasa ,saya kena puasa semalam jugak (saja ajuk) .. Tiba-tiba situasi terdiam sebentar, lalu dia menyahut kembali. Bukan hari sabtu k yang kena puasa hari jumaat jgk?..saya cakap : hari jumaat pun kena. Tanpa saya terangkan kenapa, tidak lama kemudian topik pun berubah. Keadaan kedai tidak membenarkan saya untuk menerangkan kerana saya tahu, nanti akan ada pelanggan yang datang nak beli barang, memandangkn mall yang agak popular.

  Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang apa yang pernah saya baca dan pelajari, segala pandang bolehlah anda salurkan di bahagian komen atau email saya :) .

Pengkhususan Puasa sabtu tidak digalakkn kepada umat islam kerana ia adalah hari yang diraikan oleh orang yahudi tiap minggu.     Adl Hadis Busr.

“Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali krn diwajibkan kepada kamu. Dan seandainya seseorang di antaramu tidak menemukan kecuali kulit anggur atau bungkal kayu hendaklah dimamahnya makanan itu!”.

Turmudzi mengatakan hadis itu hasan, Jumhur Ulama mengatakan "makruh untuk berpuasa hari tersebut". Berbalik kepada Puasa Hari jumaat. Ulama juga meletakan pandang yang sama iaitu makruh. Penerangannya , Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Islam . Oleh sebab itu agama melarang untuk berpuasa hari tersebut , namun larangan tersebut tidak membawa maksud "haram" tetapi makruh oleh jumhur ulama.
Riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw bersabda
“Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali jika disertai oleh satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya.”

Hari jumaat adalah hari dimana para lelaki akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat ,hari jumaat disifatkan sebagai hari yang sibuk bekerja dan berzikir.Dalam satu riwayat yang lain mengatakan bahawa   “Siapa yg hendak melakukan perbuatan sunnah di antaramu hendaklah ia berpuasa pada hari Kamis dan jangan berpuasa pada hari Jumat krn ia merupakan hari makan dan minum serta zikir.”

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu semua walaupun tidak banyak, sedikit pun sudah bersyukur :)  .Semoga Amal kita diterima. Amin.






No comments:

Post a Comment