Tentang Diriku


                                    
                                       (mzar kanan)
  • Nama diberi Muhammad Zulhilmi Bin A.Rahman.
  • Lahir di Hospital Pantai Kuala Lumpur
  • Anak k-2 daripada 2 adik beradik
  • Berumur 20 tahun pada tahun ini
  • Menetap di Puncak Alam, Home Sweet Home :)
  • Mempunyai keluarga yang boleh aku kategorikan sebagai superb,sangat bahagia.
  • Masih lagi Belajar, menuntut di salah sebuah Universiti Islam Terbaik Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan UiTM (Perak).








Hatiku.
Inilah kehendak Fitrahku.
Islam adalah fitrah bagi sekalian umat manusia.
Teringat akan satu kata-kata "Orang Kristian yang mengamalkan agamanya akan menjadi jumud,manakala bagi mereka yang meninggalkan agamanya akan menjadi seorang bebas dan berfikiran luas"..
Tetapi Islam berlaku sebaliknya, "Bagi mereka yang Mendekatkan diri dengan Islam, Mereka akan menjadi umat manusia yang Hebat,lihat sahajalah pada sirah-sirah terdahulu.Bagi mereka yang menjauhkan diri dari Islam, merekalah orang-orang yang jumud.
Kerana sekarang aku mempunyai sahabat, dan kerana itulah aku cakna tentang bahan bacaan, kisah-kisah sirah dan sebagainya.
Islam  Sebagai jalan hidupku.












Dalam berusaha menjadi Hamba Allah yang taat dan patuh kehendaknya, aku tetap menpunyai kehendak yang sama seperti orang lain, kerana setiap orang mempunyai hobi, dan inilah hobiku.
aku adalah pengemar sukan yang tegar, hampir semua sukan yang aku ceburi aku lakukan sehabis baik.Tetapi inilah sukan yang menghantui diriku akhir-akhir ini. Ini kerana sukan ini tidak perlukan aku untuk mengeluarkan kudrat tenaga dan berpeluh-peluh apabila bersukan. Lalu aku sering mengisi masa lapang dengan memerah otak untuk mengalahkan lawan (melalui sukan ini). Tidak banyak pencapaian yang dikecapi melalui sukan ini, kerana ia merupakan sukan yang baru aku ceburi di Universiti. Aku pernah mewakili sekolah dahulunya, tapi aku tidaklah sehebat mana.Tapi setibanya aku di universiti, aku telah melangkah ke satu platform yang lebih tinggi daripada dahulu. Skill untuk berfikir ku berubah, aku mula berlajar bermain catur melalui buku, dan paling terkesan adalah pabila aku berlajar dengan seorang sahabatku yang bernama Abdul Rahman M.Sapuan (Nama kawan macam nama ayah kan?, chemistry agaknya :p )..Sahabatku ini hebat orangnya, Seorang hamba Allah yang sama berjuang mendapatkan keredhaannya, Pencapaian akademiknya juga hebat, serta dia juga merupakan pemain catur yang hebat..hehe..puji lebih2 pulak..Dia pernah mewakili kebangsaan dalam kejohanan catur malaysia.
Sekarang dia merupakan pemain catur Uitm (sepasukan dgn ku).
Pencapaian caturnya di Universiti juga memberangsangkan.

                                               (kanan)
Haa inilah orangnya. Hensem kan??...kata dia la :p ,namun aku tetap mengiakan kata-katanya..ok2..Dia ensem aku pun ensem..ehhh..hehe.
Dia merupakan sahabat dan juga sifu ku..Seronok ada sahabat yang share satu hobi :)
Islam yang sangat syumul,dalam menegakkan apa yang Islam anjurkan kita masih mampu melakukan perkara dunia seperti insan lain, kerana Islam tidak pernah melarang kita dari buat perkara yang kita suka, melainkan perkara yang melanggar perintah Allah swt.











No comments:

Post a Comment