Saturday 23 March 2013

Anjakkan Sahabat



                                                                   
Perkenalkan disebelah kananku adalah sahabatku muaz.Sahabat yang sangat coOlll..Jika dia mempunyai masalah,melihat saja riak wajahnya seolah-olah tiada kerisauan.Sering membantu ketika api kemaraan diriku terpadam..Kami saling nasihat menasihati :) ..Cuba menyelesaikan masalah bersama walaupun tidak semua..Diri ini selalu lemah, maka sahabatlah penguat padaku, Dia sering menjenguk keadaanku pabila diri lemah dilanda penyakit.
Lumrah dunia…


Sepanjang perjalanan,menuju redha Allah.. Terlalu banyak ujian yang menimpa kita, dan adakalanya diri ini terasa ingin berputus asa.. Ada juga kalanya, terasa ingin lari dari masalah dunia. Apabila diri memerlukan semangat dari luar, maka disinilah bermula peranan sahabat dalam saling menegur untuk perubahan bersama.
Semasa sahabat kita seolah kecewa akan dunia, inilah masa kita membantunya kerana kita adalah sahabat (yang membezakan dgn rakan yang lain)..Melihat sahabat kecewa, berilah kata-kata semangat padanya, kerana adakalanya, mereka merasakan bahawa mereka hanya berjuang seorang, tak kisahlah samaada dalam pelajaran ataupun masalah dunia yang lain..Bagilah mereka  semangat, ingatkan mereka bahawa anda turut berjuang bersama mereka, selesaikan masalah rakanmu itu bersama.


Teringat satu kisah, apabila aku seolah tidak bermaya akan dunia , maka ramai sahabat yang datang menyuruh diriku agar mengikhlaskan niat ..Hmm~..sedangkan ikhlas itu di umpamakan seperti “seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang kelam”… Agak tidak relevan ayat tersebut bagi sahabat yang memang ingin mengejar redha Allah, sebab dia tidak memerlukan sepotong ayat yang dia sudah ketahui,kerana ayat itu adalah asas bagi mencapai redha Allah.
Sepatonya peranan kita sebagai sahabat harus mendorong sahabat kita yang down tu supaya dia lebih dekat dengan Penciptanya..Kadang-kadang diri kita memerlukan lebih dari kata-kata..Malahan kita memerlukan bukan setakat sokongan, tetapi bantuan untuk lebih mendekatkan diri serta mengingatkan diri kepada akhirat..


Namun dalam bersahabat, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa pasti ada perselisihan paham antara kita..Sahabat kita tu bukanlah pakar motivasi yang selalu masuk dalam tv, tapi mereka lah insane yang ingin membantu kita,jika cara mereka menyampaikan ada menguris hati kita, maka berlapang dada lah..Kita tidak boleh mengharapkan mereka faham akan keperluan dan cara untuk membantu kita, sedangkan mereka adalah insan yang lain yang diciptakan berbeza dari ciptaan Tuhanku yang tidak ada satu pun yang sama. Kehebatan tuhan :) ,cap jari yang nampak pun setiap orang xde yang sama, inikan pula perasaan yang xnampak..


Dalam mengejar Redha Allah , tidak munkin kita dapat hadapi dugaan dunia ini berseorangan, kerana fitrah manusia perlukan teman. Maka bawalah teman dan sahabatmu itu bersama menuju redha Allah.


Tuesday 19 March 2013

Mengapa Aku Memilih Tajdid?



                                                                        Dr.Maza
                                                                   (Tokoh Tajdid)
Apa tu tajdid??..

 Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna sebenar kepada istilah ini:

"Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung, menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa penjagaan."

Tajdid bukanlah suatu usaha yang baru, bukan juga satu perkataan yang dijumpai pada abad ini. Istilah atau perkataan Tajdid telah lama wujud dan dipakai pada zaman dahulu. Munkin perkataan ini jarang dijumpai pada pertengahan abad kerana penggunaan istilah ini kian pudar dikalangan masyarakat sendiri, munkin tidak dikalangan para ilmuan.

Saya ingin mengemukan satu dalil dimana wujudnya istilah Tajdid ini digunakan dikalangan umat, hadith yang diriwatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulwah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di permulaan setiap seratus tahun, seorang mujadid yang mentajdid agamanya".

Melihat Tadjid dari sudut Islam ialah kembali kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu Kitab dan Sunnah. Islam itu sendiri telah pun gemilang, kerana itulah kita perlu berbalik kepada Islam untuk menjadi umat gemilang seperti suatu masa dahulu. Islam pernah memerintah 2/3 dunia ,dimana ia menunjukkan kehebatan Islam dan penerimaan umat dunia terhadap kesyumulan Islam dengan tidak mendiskriminasi agama lain.


Apa yang menyedihkan kita hari ini, umat islam itu sendiri takut untuk menerima Islam. Ramai yang membawa Tag Nama Islam pada tubuh mereka sedangkan ia digunakan untuk meraih kepentingan sendiri..Mereka yang benar berpaksikan islam pula dilihat sebagai seorang yang ekstremis. Wajarkah  golongan ini dilabelkan sedemikian??.. Umat hari ini yang membawa islam telah merosakkan imej islam itu sendiri. Umat dunia mula menunding jari kepada kesalahan umat Islam sebagai kesalahan Agama Islam, padahal kelemahan islam itu dilihat dari kesalahan orang yang membawanya, bukanlah kerana Islam itu tidak cukup lengkap. Tanpa kita sedar, kitalah yang membawa fitnah kepada Islam kerana perbuatan kita..Astagfirrullah.

Lalu berpaksikan kepada Ulama-ulama untuk membawa tadjid pada kehidupan hari ini.. Dalam Usaha mengembalikan Islam kepada kegemilanganya. Saya tidak menolak bahawa sememangnya diriku terkesan dengan pembawakan seorang tokoh yang terkenal kehebatanya, dikenali sebagai Dr.Maza ,kerana beliau mempunyai fikiran yang hebat dan disegani. Tidak lupa dengan tokoh Ustaz Halim Hassan yang juga merupakan orang yang memperjuangkan tajdid serta tokoh-tokoh yang lain.


Jika mengulas mengenai Tajdid sahaja sudah memerlukan penulisan yang panjang, jadi jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke Laman Utama Minda Tadjid (Dr.Maza)..atau rujuk mana-mana sumber yang bernas,kerna banyak lagi sumber anda boleh rujuk mengenai hal ini. Sahabat saya juga ada menulis tentang risalah-risalah tajdid..Sila layari Dakwah Makan Dalam untuk melihat isi blog beliau, banyak perkara yang menarik didalamnya  :) .

Saturday 16 March 2013

Buatmu Pejuang Agama



Bukanlah puisi mahupun sajak, hanya luahan buatmu.


Wahai manusia yang bergelar da’ie
Manusia yang memperjuangkan Agama Allah.
Tabahkanlah hatimu menjelang cabaran dan dugaan yang membasahi tubuhmu.
Kembalikan hati mu kepada yang berhak menerimanya
Agar kau merasai erti bahagia yang sebenar.


Wahai manusia yang menyampaikan
Lapangkanlah dadamu menerima teguran sahabat,
Kerana mereka insan biasa yang ada kurangnya,
Mereka menyayangi  dirimu agar kau lebih sempurna,


Disaat Kita kekurangan,
Sahabatlah yang mengisi kelopongan yang ada pada diri ini,
Maka ketahuilah,
Teguran mereka hanya ingin dikau memperbaiki kelemahanmu,
Menjadikan ia kelebihan pada dirimu.


Duri-duri disepanjang perjalananmu ibarat zikir yang membasahi bibir,
Kerna itulah lumrah hidupmu wahai pejuang,
Janganlah sesekali dikau menyesal berada pada barisan jalan yang benar,
Teguhkanlah imanmu dan tegakkanlah Agama yang sempurna.


Ingatlah, janji Tuhan itu pasti…

Nikmat Kesihatan Yang Sering Kita Lupa




Salam sahabat semua..hehe…Si Pembaca blog nie sihat x :) ??.. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat..Kesihatan itu nikmat yang tidak terhingga kepada kita, tapi perkara inilah sebenarnya yang kita selalu lupa ;) ..


Yela, mane tak lupa kan kawan-kawan… Da hampir hari-hari kita sihat.. So xrase la nikmat kesihatan itu satu anugerah yang sangat best!!!...hehe~~.. Tapi bila datang penyakit atau kesakitan kepada diri kita, haa… Masa tulah kita ingat, Ya Allah Nikmatnya kesihatan ya Allah.. Berilah aku peluang untuk sihat kembali..


Ooo…Bile da sakit baru nak ingat ea.. Bila kita ada kuasa nak beribadah tak pulak kita rasa rendah diri… Sujudkan ego dihadapan Tuhan…hehehe~…Tpp…. Atleast.. Sedar la jugak bile time sakit tu … So kire masih bagus la.. Ada orang tu, da sakit pun lansung xsedar, lagi marah takdir ada lah..golongan ni yang kesian tu ..ish3..


Kalau kita tergolong dalam golongan nie cepat-cepat la istifar ye, sama-sama kita berdoa minta dijauhkan dari perasaan tu.. Sebenarnya yang paling bahaya ialah kita lupa disaat yang Maha esa memberikan kita nikmat, lalu kita semakin lupa kepadanya , lalu ditambah lagi nikmat supaya kita lebih lagi jauh dari pencipta… Perkara yang macam ni yang perlu kita minta jauhkan..Perkara ini di sebut sebagai ISTIDRAJ .


Makna Istidraj , Apabila kita melakukan kemungkaran kepada yang Esa , maka ditambah pula nikmat supaya kita lebih lalai kepadanya, ia disebut sebagai pemberian yang tidak redha. Sob2.. Allahurobbi…Takutkan kawan-kawan??..yela kita doa, dan dapat perkara itu tapi sedangkan perkara itu tidak diredhai Allah.. Kalau kita dapat sesuatu nikmat tu, tapi disebabkan nikmat itu kita jauh dari pencipta kita, cepat-cepat la kita tinggalkan perkara itu/ bertaubat..


Haa apa kata, disebabkan kebiasaanya iman kita bertambah apabila kita susah atau sakit, Sooo apa kata… Waktu kita sihat, kita fikirlah… ya Allah .. Kesenangan aku xlama, maka ingatkan lah aku setiap masa bahawa se nya segala kesenangan ini hanya milikmu yang engkau pinjamkan kepada ku Tuhanku. Ingatkan lah hambamu yang lemah ini ya Allah untuk sentiasa taat pada perintahmu :) aminnnnnn..hehe~~..Tapi jangan salah faham pulak ye, kite bukan memohon mendapat penyakit taw :O ..

Pesanan terakhir saya untuk post ini , jagalah kesihatan ye kawan-kawan  n_n   ...

Friday 8 March 2013

Memecah Benteng Kebiasaan





Memecah benteng kebiasaan bermaksud kita kena jadi luar biasa k??..Tak lah..Saya tidak bermaksud agar anda menjadi paradoks ( membuat perkara yang luar kebiasaan orang/perkara yang orang xbuat).. (Contoh paradoks, orang berjalan menggunakan kaki, tetapi kita berjalan menggunakan tangan, lalu kita akan digelar paradoks)..Tetapi melawan perkara yang tidak baik, yang menjadi kebiasaan dalam diri kita yang harus kita usahakan.


Kebiasaan atau kelaziman adalah perkara yang selalu kita ulang boleh jadi pada setiap hari, minggu , tahun ataupun pada masa-masa yang tertentu. Kebiasaan merupakan aktiviti yang tidak perlu kita rancang, kerana ia merupakan “routine” pada tubuh kita dek kerana perkara itu selalu dipupuk sehingga ia seakan sebati dengan hati kita.


Ok saya bagi contoh, tiap pagi Ali pergi ke sekolah menaiki bus. Abu pun bertanya, kenapa ko xnaik motor ali?.. Ko kan ada motor, naik motor lagi senang.. Ali : Ntah, munkin sebab aku da biasa naik bus kot..


Saya nak tanya la, agak-agaknya, pada sebelum ali biasa naik bus, dia terfikir tak untuk naik motor ke sekolah??...jawapanya mesti  laa…ya... Sebelum sesuatu perkara itu menjadi kebiasaan , kita akan berfikir dulu untuk membuat perkara itu..Tapi bila da biasa, kite akan buat perkara itu tanpa berfikir. Macam kisah ali ini tadi, munkin pada dulunya dia memilih untuk naik kenderaan apa, untuk pergi ke sekolah, tapi oleh kerana dia kerap membuat keputusan yang sama, lalu ia menjadi kebiasaan..Dia tidak perlu memikirkan lagi kenderaan apa yang dia ingin naiki tiap pagi untuk pergi ke sekolah walaupun kenderaan yang dia pilih itu bukanlah keputusan yang baik sebenarnya.


Begitu juga dengan diri kita sebenarnya, jika kita kerap melakukan perkara yang tidak baik , badan kita akan mula menerima perkara itu, kita tidak akan rasa bersalah pun melakukan perkara yang tidak baik dek kerana badan kita mula menerimanya. Tetapi alangkah indahnya jika yang menjadi kebiasaan itu adalah perkara yang baik :) .. Jika badan kita mula menerima perkara yang baik sebagai kebiasaan, secara automatiknya badan kita akan menolak perkara yang jahat.


                                                                         




Bagaimana untuk memecahkan benteng kebiasaan??.. Benteng kebiasaan yang saya cakapkan ialah kebiasaan tentang perkara yang tidak baik, lalu ia harus dipecahkan.. Ia semua bermula dengan hati.


Sabda Rasul S.a.w   “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadith diatas jelas menunjukan bagaimana pentingnya menjaga hati dalam mencorak diri kita, macam mana pula ingin menjaga hati???.. Innamal a’malu bin niyat. Setiap perbuatan disertai/bermula dengan niat.. Haa kita kena la niat perkara yang baik-baik, barulah perbuatan kita pun akan dicorak baik, sekaligus, hati tidak akan dikotori dengan dosa-dosa dari kesan perbuatan tubuh kita.


Dosa-dosa ibarat titik hitam pada hati kita.. Setiap kali kita membuat dosa, akan hadir satu titik hitam dalam hati kita..Sehingga pada suatu saat dimana titik-titik hitam ini memenuhi hati kita, tiada lagi sinar cahaya akan memasuki hati kita. Disaat itu, hanya hidayah daripada Allah s.w.t mampu untuk merubah kehidupan seseorang itu.


Tiada perkara yang cepat untuk kita dapatkan, bak kata "Amin Idris" personaliti Tv Al-Hijjrah, setiap perkara itu ada prosesnya. Tidak ada orang yang mampu berubah dalam sekelip mata.. Maggi yang express tu pun masih memerlukan proses sebelum ianya boleh dimakan. Yang penting kita jangan berhenti berusaha untuk berubah kearah kebaikan. In shaa Allah boleh :) , Tuhan tidak memandang sehebat mana hambanya berubah daripada jahat kepada kebaikan ,tetapi Tuhan melihat sehebat mana usaha kita untuk mengubahnya.

Sunday 3 March 2013

"Gerila Di Lahad Datu" Merupakan Isu Bersama

Cakna Semasa.


                       

                                                          Gerila Di Lahad Datu.




Wahai sahabat-sahabatku.. Tolong cakna tentang isu sahabat kita di Sabah. Banyak pendakwah-pendakwah bebas yang pergi ke sana (Sabah,Sarawak)  berusaha untuk menyebarkan dakwah kepada saudara mara kita disana.Sekurang-kurangnya, kita tahu tentang keadaan mereka disana.


Ok perhatian - sekarang di facebook rata-ratanya kita dapat lihat banyak orang yang "share" jika ada sebarang sekatan jalan raya, jangan sebarkan apa-apa maklumat negara yang kita tahu kepada mereka, kemunkinan ia adalah kerja tentera sultan sulu yang ingin mendapat maklumat dari kita.Tetapi ia tidak menghalang kita untuk tidak cakna akan isu ini.

Panglima Angkatan Tentera- Jeneral Tan Sri Zulkifeli menyifatkan Pengikut Sultan Sulu Mahir berperang ala Gerila. Kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Askar Diraja Sulu yang menawan Kampung Tanduo sejak 9 febuari lalu disahkan memiliki kemahiran berperang yang tinggi.

Saya tidak akan mengulas mengapa Sultan Sulu ingin merampas kepulauan ini, Saya kira di Youtube banyak video penjelasan mengapa mereka inginkan kawasan ini.Sila lihat, dan nilai.

Sebagai rakyat Malaysia sendiri, saya kira, ramai yang mempunyai pendapat yang sama dengan saya agar tidak mempolitikkan isu keselamatan rakyat. Saya Mengambil Kata-kata dari 3 orang Pemimpin.

Kata2 PM, Dato Seri Najib : Beliau mengarah siasat dakwaan pemimpin pebangkang terlibat (sumber Suratkhabar, Tv dan bahan Internet). (Ramai Blogger yang bersifat berat kepada sesebuah parti mula melakukan spekulasi dan tuduhan kepada Pemimpin parti yang lain).

Kata2 Tuan Guru Nik Aziz : Usah perjudikan keselamatan negera demi kepentingan politik. Doakan terbaik teman, semoga apa yang berlaku memberi pengiktibaran kepada kita. Doakan keselamatan Sabah, sebab mereka juga rakyat Malaysia.
Ada "orang" lebih seronok berkempen untuk pilihanraya walaupun takut untuk bubarkan parlimen daripada memberi fokus untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di Sabah.
Doakan, semoga Allah melindungi Sabah daripada apa jua mara bahaya.

Kata2 Dato Seri Anuar Ibrahim : Agak aneh, kerana Menteri Dalam Negeri , Menteri Pertahanan begitu lambat sekali memberikan riaksi, seolah-olah, wilayah lahad datu dan sabah itu boleh dikepung orang asing dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa melainkan berunding, ia menunjukan kelemahan kita.



Saya mengharapkan yang terbaik untuk negeri di bawah bayu yang sedang dilanda krisis itu. Saya berharap , krisis ini diselesaikan terlebih dahulu, jika ada sebarang tuduhan terhadap mana2 pemimpin sila lakukan selepas pengolakan mulai reda,kerana ia melibatkan keselamatan rakyat.Kebanyakan penduduk kampung mula berpindah untuk langkah keselamatan.

Saya Kagum dengan sikap Pendudukan kampung yang ingin pertahankan kampung mereka, dimana 20 orang pemuda kampung sinalang Lama membelasah penceroboh Sultan Sulu sehingga mati. Serangan terbaru penceroboh mengakibatkan 6 orang terkorban iaitu seorang Pegawai dan 5 orang anggota pasukan. Kita tidak mahu lebih ramai lagi rakyat kita yang terkorban.



 Bagi rakyat Malaysia seluruhnya, janganlah sibuk mempolitikkan isu keselamatan ini, berhenti menunding jari, sedangkan bilangan yang terkorban kian bertambah hari demi hari..Sekurang-kurangnya kita yang tak dapat menyumbangkan apa-apa ini, Lakukan Solat hajat dan berdoa untuk keselamatan kita seluruhnya.