Bila sebut tentang bahagia, Semua orang inginkan kebahagiaan
:) ,tidak kiralah kita sebagai anak,
mungkin sebagai ibu atau bapa. Ramai yang cenderung mencari cinta kepada
manusia sebagai sumber utama untuk mereka mencari kebahagiaan. Namun apa yang
berlaku ialah ia akhirnya berlaku sebaliknya. Apakah sebenarnya kebahagiaan?.
Adakah dengan mendapat apa yang kita inginkan, itulah yang dinamakan bahagia?
Kebahagian merupakan keajaiban yang Allah beri dalam
kehidupan insan yang tidak berdasarkan kepada harta.
Kata-kata
Hamka:
Ak lihat seorang yang miskin, selepas kerja, dia makan
dengan penuh selera, lalu ak lalu dengan orang yang kaya dengan kereta besar , dengan
gudang yang besar. Orang kaya bercakap, saya ada gedung besar ,kereta besar
tapi tidak boleh makan seenak itu.
Bila Allah beri nikmat insan beribat kepadanya, ia pun
satu keajaiban.
Kita minta hasana didunia , Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata siapa yang Allah tak bagi syurga
didunia ini, kemunkinan besar dia tidak dapat syurga diakhirat. Syurga kita
duduk dalam jiwa kita. Sebab itu para pejuang agama Allah, penat berlari dan
berlawan semasa peperangan, tetapi hati mereka bahagia. Juga kita minta bahagia
diakhirat, dimana destinasi akhir yang ingin kita tuju adalah masuk kedalam
syurga Allah.Orang yang duduk dalam peperangan jika kita gambarkan sangat
dahsyat, tapi bagaimana dengan orang yang duduk dipadang masyar?.Jika didunia
kita menunggu beratur 2,3 jam kita sudah tidak sanggup, dipadang masyar kelak
kita akan menunggu ribuan tahun untuk setiap manusia di hisab. Sepanjang masa
kita berdiri, dengan orang sebelah-sebelah yang kita tidak kenal, Dia
memikirkan masalah dia, kita memikirkan masalah kita. Jika Allah beri hasana
diakhirat , Allah jadikan semasa kita di masyar itu ringan, maka ia adalah
kemuncak kebahagian.
Ada yang mengatakan doa “robbana atina fiddunya
hasana”. Merupakan ibu segala doa.ia sebenarnya perbuatan Anas bin Malik,
kerana beliau tidak pernah lupa apabila berdoa untuk memasukkan ayat tersebut,
kerana doa ini adalah doa yang merangkumi semua.
Jom kita berdoa agar kita peroleh bahagia di Dunia dan
di akhirat :)
Amin.
Allah.. teruskan adik
ReplyDelete(Y)
ReplyDelete