Thursday 14 February 2013

Miskin mencari duit,Kaya mencari kejujuran.




  Tajuk diatas merupakan perkongsian pertama saya dalam blog ini,dimana ia merupakan titik tolak saya untuk terus menerajui dunia siber (IT).Doa-doakan agar saya terus istiqomah dalam melakukan apa jua  pekerjaan yang saya lakukan.

   Berbalik kepada tajuk yang kita bincangkan,mesti anda tertanya-tanya, apakah yang saya maksudkan dengan  "Miskin mencari duit, yang Kaya mencari kejujuran".

   Saudara saudari yang saya hormati sekalian, betul ataupun tidak jika saya berspekulasi bahawa perkara ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan kita secara lansung tanpa kita sedari. Jika kita lihat senario yang berlaku pada hari ini boleh saya kategorikan golongan yang tidak berduit, kecenderung mereka untuk mempercayai orang lain mungkin mencapai hampir 95% keatas. Sebaliknya, golongan yang digelar berada ataupun mempunyai wang secara Am nya lebih sukar untuk mempercayai orang lain. Saya perjelaskan, mereka yang tidak berduit tidak gusar untuk mempercayai orang lain kerana mereka berpandangan bahawa mereka tidak akan mengalami apa-apa kerugian atas perbuatan mempercayai orang lain, namun bagi golongan yang berada, ia pula berlaku sebaliknya. Mereka lebih risau untuk mencari orang yang jujur untuk menjaga hartanya. Hari ini kita dapat lihat, kerana harta , keluarga sendiri sanggup membunuh ahlinya, kejujuran sebenarya tidak dapat dibeli dengan wang, ia lahir dari hati yang tulus dan ikhlas.

    Saya teringat akan satu kata-kata yang pernah dilaungkan pada suatu ketika dahulu oleh seorang perjuang negara yang pada ketika itu, gerakan beliau dinamakan gerakan kaum muda. Beliau bernama Dr.Burhanuddin Al-Helmy. Sila rujuk buku teks tingkatan 5 atau bahan bacaan yang bernas untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai diri beliau (Cikgu2 kata buku teks pun da tak boleh percaya sangat da sekarang nie)..hehe... Berikut adalah kata-kata beliau  yang saya petik.

"kita jangan takut jatuh dalam perjuangan, sebab kita tidak akan jatuh lagi". Sebagai anak jajahan, kita berada ditempat paling rendah dan sudah tidak ada tempat yang lebih rendah lagi buat kita jatuh".

Pada zaman itulah, ramai pejuang yang bangkit dari gologan masyarakat untuk pertahankan Agama dan Negara. Benarlah kata beliau , kita tidak perlu memikirkan apa-apa kerugian jika kita sudah tidak mempunyai apa-apa.Bak kata orang, All out jew apa ko buat tu, da tak ada apa nk rugi da.

Sebagai hamba Allah, segalanya akan kembali kepada penciptanya setiap penghujung nyawa. Sehebat mana pun kita didunia, selemah mana pun kita, kita tetap akan dilayan sama diakhirat kelak, cuma yang membezakan kita disana adalah taqwa. Jadi, tidak perlulah kita menunggu mati baru ingin kembali kepadanya, pada setiap permasalahan di dunia juga sebenarnya kita perlu menyandarkan diri kepadanya.
In shaa Allah ,Tuhan maha Pemurah lagi Maha mengasihi hamba-hambanya.



No comments:

Post a Comment