Gerila Di Lahad Datu.
Wahai
sahabat-sahabatku.. Tolong cakna tentang isu sahabat kita di Sabah. Banyak
pendakwah-pendakwah bebas yang pergi ke sana (Sabah,Sarawak) berusaha
untuk menyebarkan dakwah kepada saudara mara kita disana.Sekurang-kurangnya,
kita tahu tentang keadaan mereka disana.
Ok
perhatian - sekarang di facebook rata-ratanya kita dapat lihat banyak orang
yang "share" jika ada sebarang sekatan jalan raya, jangan sebarkan
apa-apa maklumat negara yang kita tahu kepada mereka, kemunkinan ia adalah
kerja tentera sultan sulu yang ingin mendapat maklumat dari kita.Tetapi ia tidak
menghalang kita untuk tidak cakna akan isu ini.
Panglima
Angkatan Tentera- Jeneral Tan Sri Zulkifeli menyifatkan Pengikut Sultan Sulu
Mahir berperang ala Gerila. Kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Askar
Diraja Sulu yang menawan Kampung Tanduo sejak 9 febuari lalu disahkan memiliki
kemahiran berperang yang tinggi.
Saya tidak akan mengulas mengapa Sultan Sulu ingin
merampas kepulauan ini, Saya kira di Youtube banyak video penjelasan mengapa
mereka inginkan kawasan ini.Sila lihat, dan nilai.
Sebagai
rakyat Malaysia sendiri, saya kira, ramai yang mempunyai pendapat yang sama
dengan saya agar tidak mempolitikkan isu keselamatan rakyat. Saya Mengambil
Kata-kata dari 3 orang Pemimpin.
Kata2 PM, Dato Seri
Najib :
Beliau mengarah siasat dakwaan pemimpin pebangkang terlibat (sumber
Suratkhabar, Tv dan bahan Internet). (Ramai Blogger yang bersifat berat kepada
sesebuah parti mula melakukan spekulasi dan tuduhan kepada Pemimpin parti yang
lain).
Kata2
Tuan Guru Nik Aziz : Usah perjudikan keselamatan negera demi kepentingan
politik. Doakan terbaik teman, semoga apa yang berlaku memberi pengiktibaran
kepada kita. Doakan keselamatan Sabah, sebab mereka juga rakyat Malaysia.
Ada "orang" lebih seronok berkempen untuk pilihanraya walaupun takut untuk bubarkan parlimen daripada memberi fokus untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di Sabah.
Doakan, semoga Allah melindungi Sabah daripada apa jua mara bahaya.
Ada "orang" lebih seronok berkempen untuk pilihanraya walaupun takut untuk bubarkan parlimen daripada memberi fokus untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di Sabah.
Doakan, semoga Allah melindungi Sabah daripada apa jua mara bahaya.
Kata2 Dato Seri
Anuar Ibrahim
: Agak aneh, kerana Menteri Dalam Negeri , Menteri Pertahanan begitu lambat
sekali memberikan riaksi, seolah-olah, wilayah lahad datu dan sabah itu boleh
dikepung orang asing dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa melainkan
berunding, ia menunjukan kelemahan kita.
Saya
mengharapkan yang terbaik untuk negeri di bawah bayu yang sedang dilanda krisis
itu. Saya berharap , krisis ini diselesaikan terlebih dahulu, jika ada sebarang
tuduhan terhadap mana2 pemimpin sila lakukan selepas pengolakan mulai reda,kerana
ia melibatkan keselamatan rakyat.Kebanyakan penduduk kampung mula berpindah
untuk langkah keselamatan.
Saya
Kagum dengan sikap Pendudukan kampung yang ingin pertahankan kampung mereka,
dimana 20 orang pemuda kampung sinalang Lama membelasah penceroboh Sultan Sulu
sehingga mati. Serangan terbaru penceroboh mengakibatkan 6 orang terkorban
iaitu seorang Pegawai dan 5 orang anggota pasukan. Kita tidak mahu lebih ramai
lagi rakyat kita yang terkorban.
Bagi rakyat Malaysia
seluruhnya, janganlah sibuk mempolitikkan isu keselamatan ini, berhenti
menunding jari, sedangkan bilangan yang terkorban kian bertambah hari demi hari..Sekurang-kurangnya
kita yang tak dapat menyumbangkan apa-apa ini, Lakukan Solat hajat dan berdoa
untuk keselamatan kita seluruhnya.
No comments:
Post a Comment