Memecah
benteng kebiasaan bermaksud kita kena jadi luar biasa k??..Tak lah..Saya tidak
bermaksud agar anda menjadi paradoks ( membuat perkara yang luar kebiasaan
orang/perkara yang orang xbuat).. (Contoh paradoks, orang berjalan menggunakan
kaki, tetapi kita berjalan menggunakan tangan, lalu kita akan digelar paradoks)..Tetapi
melawan perkara yang tidak baik, yang menjadi kebiasaan dalam diri kita yang harus kita usahakan.
Kebiasaan
atau kelaziman adalah perkara yang selalu kita ulang boleh jadi pada setiap
hari, minggu , tahun ataupun pada masa-masa yang tertentu. Kebiasaan merupakan
aktiviti yang tidak perlu kita rancang, kerana ia merupakan “routine” pada
tubuh kita dek kerana perkara itu selalu dipupuk sehingga ia seakan sebati
dengan hati kita.
Ok saya bagi
contoh, tiap pagi Ali pergi ke sekolah menaiki bus. Abu pun bertanya, kenapa ko
xnaik motor ali?.. Ko kan ada motor, naik motor lagi senang.. Ali : Ntah,
munkin sebab aku da biasa naik bus kot..
Saya nak
tanya la, agak-agaknya, pada sebelum ali biasa naik bus, dia terfikir tak untuk
naik motor ke sekolah??...jawapanya mesti
laa…ya... Sebelum sesuatu perkara itu menjadi kebiasaan , kita akan berfikir
dulu untuk membuat perkara itu..Tapi bila da biasa, kite akan buat perkara itu
tanpa berfikir. Macam kisah ali ini tadi, munkin pada dulunya dia memilih untuk
naik kenderaan apa, untuk pergi ke sekolah, tapi oleh kerana dia kerap membuat
keputusan yang sama, lalu ia menjadi kebiasaan..Dia tidak perlu memikirkan lagi
kenderaan apa yang dia ingin naiki tiap pagi untuk pergi ke sekolah walaupun
kenderaan yang dia pilih itu bukanlah keputusan yang baik sebenarnya.
Begitu juga
dengan diri kita sebenarnya, jika kita kerap melakukan perkara yang tidak baik
, badan kita akan mula menerima perkara itu, kita tidak akan rasa bersalah pun
melakukan perkara yang tidak baik dek kerana badan kita mula menerimanya.
Tetapi alangkah indahnya jika yang menjadi kebiasaan itu adalah perkara yang
baik :) .. Jika badan kita mula menerima perkara yang baik sebagai kebiasaan,
secara automatiknya badan kita akan menolak perkara yang jahat.
Bagaimana
untuk memecahkan benteng kebiasaan??.. Benteng kebiasaan yang saya cakapkan
ialah kebiasaan tentang perkara yang tidak baik, lalu ia harus dipecahkan.. Ia
semua bermula dengan hati.
Sabda Rasul
S.a.w “Dalam
diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah
manusia. Kalau ia rosak, maka
rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith diatas jelas menunjukan bagaimana pentingnya menjaga
hati dalam mencorak diri kita, macam mana pula ingin menjaga hati???.. Innamal
a’malu bin niyat. Setiap perbuatan disertai/bermula dengan niat.. Haa kita kena
la niat perkara yang baik-baik, barulah perbuatan kita pun akan dicorak baik,
sekaligus, hati tidak akan dikotori dengan dosa-dosa dari kesan perbuatan tubuh
kita.
Dosa-dosa ibarat titik hitam pada hati kita.. Setiap kali
kita membuat dosa, akan hadir satu titik hitam dalam hati kita..Sehingga pada
suatu saat dimana titik-titik hitam ini memenuhi hati kita, tiada lagi sinar
cahaya akan memasuki hati kita. Disaat itu, hanya hidayah daripada Allah s.w.t
mampu untuk merubah kehidupan seseorang itu.
Tiada perkara yang cepat untuk kita dapatkan, bak kata "Amin
Idris" personaliti Tv Al-Hijjrah, setiap perkara itu ada prosesnya. Tidak ada orang yang mampu berubah
dalam sekelip mata.. Maggi yang express tu pun masih memerlukan proses sebelum
ianya boleh dimakan. Yang penting kita jangan berhenti berusaha untuk berubah
kearah kebaikan. In shaa Allah boleh :) , Tuhan tidak memandang sehebat mana
hambanya berubah daripada jahat kepada kebaikan ,tetapi Tuhan melihat sehebat
mana usaha kita untuk mengubahnya.
mantop!!
ReplyDeleteterbaek
ReplyDelete