Dr.Maza
(Tokoh Tajdid)
Apa tu tajdid??..
Syeikh Al Ghazali dalam menerangkan makna
sebenar kepada istilah ini:
"Tajdid ialah mempertahankan usul daripada apa
yang merobeknya, menggilapnya daripada kesamaran yang menyelubung,
menjernihkannya daripada kekeruhan. Ia seperti membasuh pakaian sehingga hilang
segala kotoran atau menyapu debu yang melitupi gambar yang terbiar lama tanpa
penjagaan."
Tajdid
bukanlah suatu usaha yang baru, bukan juga satu perkataan yang dijumpai pada abad
ini. Istilah atau perkataan Tajdid telah lama wujud dan dipakai pada zaman
dahulu. Munkin perkataan ini jarang dijumpai pada pertengahan abad kerana penggunaan
istilah ini kian pudar dikalangan masyarakat sendiri, munkin tidak dikalangan
para ilmuan.
Saya ingin
mengemukan satu dalil dimana wujudnya istilah Tajdid ini digunakan dikalangan
umat, hadith yang diriwatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulwah s.a.w
bersabda:
"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk
umat ini di permulaan setiap seratus tahun, seorang mujadid yang mentajdid
agamanya".
Melihat Tadjid dari sudut Islam ialah kembali
kepada asal yang unggul yang menjadi sumber kemuliaan manusia iaitu Kitab dan Sunnah. Islam itu sendiri telah pun gemilang, kerana itulah kita perlu berbalik
kepada Islam untuk menjadi umat gemilang seperti suatu masa dahulu. Islam
pernah memerintah 2/3 dunia ,dimana ia menunjukkan kehebatan Islam dan
penerimaan umat dunia terhadap kesyumulan Islam dengan tidak mendiskriminasi
agama lain.
Apa yang menyedihkan kita hari ini, umat islam itu
sendiri takut untuk menerima Islam. Ramai yang membawa Tag Nama Islam pada tubuh
mereka sedangkan ia digunakan untuk meraih kepentingan sendiri..Mereka yang
benar berpaksikan islam pula dilihat sebagai seorang yang ekstremis. Wajarkah golongan ini dilabelkan sedemikian??.. Umat
hari ini yang membawa islam telah merosakkan imej islam itu sendiri. Umat dunia
mula menunding jari kepada kesalahan umat Islam sebagai kesalahan Agama Islam,
padahal kelemahan islam itu dilihat dari kesalahan orang yang membawanya,
bukanlah kerana Islam itu tidak cukup lengkap. Tanpa kita sedar, kitalah yang
membawa fitnah kepada Islam kerana perbuatan kita..Astagfirrullah.
Lalu berpaksikan kepada Ulama-ulama untuk membawa
tadjid pada kehidupan hari ini.. Dalam Usaha mengembalikan Islam kepada
kegemilanganya. Saya tidak menolak bahawa sememangnya diriku terkesan dengan
pembawakan seorang tokoh yang terkenal kehebatanya, dikenali sebagai Dr.Maza
,kerana beliau mempunyai fikiran yang hebat dan disegani. Tidak lupa dengan
tokoh Ustaz Halim Hassan yang juga merupakan orang yang memperjuangkan tajdid
serta tokoh-tokoh yang lain.
Jika
mengulas mengenai Tajdid sahaja sudah memerlukan penulisan yang panjang, jadi
jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke Laman Utama Minda Tadjid
(Dr.Maza)..atau rujuk mana-mana sumber yang bernas,kerna banyak lagi sumber anda boleh rujuk mengenai hal ini. Sahabat saya juga ada menulis tentang risalah-risalah tajdid..Sila layari Dakwah Makan Dalam untuk melihat isi blog beliau, banyak perkara yang menarik didalamnya :) .
No comments:
Post a Comment