Perkenalkan disebelah kananku adalah sahabatku muaz.Sahabat yang
sangat coOlll..Jika dia mempunyai masalah,melihat saja riak wajahnya seolah-olah
tiada kerisauan.Sering membantu ketika api kemaraan diriku terpadam..Kami
saling nasihat menasihati :) ..Cuba menyelesaikan masalah bersama walaupun
tidak semua..Diri ini selalu lemah, maka sahabatlah penguat padaku, Dia sering
menjenguk keadaanku pabila diri lemah dilanda penyakit.
Lumrah dunia…
Sepanjang
perjalanan,menuju redha Allah.. Terlalu banyak ujian yang menimpa kita, dan
adakalanya diri ini terasa ingin berputus asa.. Ada juga kalanya, terasa ingin
lari dari masalah dunia. Apabila diri memerlukan semangat dari luar, maka
disinilah bermula peranan sahabat dalam saling menegur untuk perubahan bersama.
Semasa
sahabat kita seolah kecewa akan dunia, inilah masa kita membantunya kerana kita
adalah sahabat (yang membezakan dgn rakan yang lain)..Melihat sahabat kecewa,
berilah kata-kata semangat padanya, kerana adakalanya, mereka merasakan bahawa
mereka hanya berjuang seorang, tak kisahlah samaada dalam pelajaran ataupun
masalah dunia yang lain..Bagilah mereka semangat, ingatkan mereka bahawa anda turut
berjuang bersama mereka, selesaikan masalah rakanmu itu bersama.
Teringat
satu kisah, apabila aku seolah tidak bermaya akan dunia , maka ramai sahabat
yang datang menyuruh diriku agar mengikhlaskan niat ..Hmm~..sedangkan ikhlas
itu di umpamakan seperti “seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam
yang kelam”… Agak tidak relevan ayat tersebut bagi sahabat yang memang ingin
mengejar redha Allah, sebab dia tidak memerlukan sepotong ayat yang dia sudah
ketahui,kerana ayat itu adalah asas bagi mencapai redha Allah.
Sepatonya
peranan kita sebagai sahabat harus mendorong sahabat kita yang down tu supaya
dia lebih dekat dengan Penciptanya..Kadang-kadang diri kita memerlukan lebih
dari kata-kata..Malahan kita memerlukan bukan setakat sokongan, tetapi bantuan
untuk lebih mendekatkan diri serta mengingatkan diri kepada akhirat..
Namun dalam
bersahabat, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa pasti ada perselisihan
paham antara kita..Sahabat kita tu bukanlah pakar motivasi yang selalu masuk
dalam tv, tapi mereka lah insane yang ingin membantu kita,jika cara mereka
menyampaikan ada menguris hati kita, maka berlapang dada lah..Kita tidak boleh
mengharapkan mereka faham akan keperluan dan cara untuk membantu kita,
sedangkan mereka adalah insan yang lain yang diciptakan berbeza dari ciptaan
Tuhanku yang tidak ada satu pun yang sama. Kehebatan tuhan :) ,cap jari yang nampak
pun setiap orang xde yang sama, inikan pula perasaan yang xnampak..
Dalam
mengejar Redha Allah , tidak munkin kita dapat hadapi dugaan dunia ini
berseorangan, kerana fitrah manusia perlukan teman. Maka bawalah teman dan
sahabatmu itu bersama menuju redha Allah.