Salam
kawan-kawan..Dalam kita menyingkap kembali sirah dizaman kegemilangan ISLAM
dahulu, pasti kita rase kagum dengan kehebatan tokoh-tokoh ilmuan yang pakar
dalam bidang masing-masing. Contoh seperti Al-khawarizmi (matematik) , Tokoh
astronomi Al-Bijruji , macam-macam lagi seperti Ar-razi, Ibnu Sinar dan yang seangkatan
dengannya,mereka berebut-rebut menguasai ilmu demi memajukan ISLAM.
Releven lagi
k jika kegemilangan itu disandarkan kepada kita, sedangkan umat islam hari
dilihat lemah dan tidak berupaya…Apa yang kita mampu buat untuk kembalikan
kegemilangan ini??..
Setiap orang
ada bidang kepakaran masing-masing, contoh di universiti ada banyak fakulti yang mana setiap satunya mempunyai skop pelajaran yang tertentu mengikut kos yang
diambil.. Apa kata, kita “apply” balik
apa yang kita belajar untuk majukan Islam :) .. Di alam pekerjaan kelak, kita bawa
kepakaran kita untuk menyumbang kepada ISLAM..
Namun, dalam
masa yang sama, kita juga perlu menguasai lain-lain kepakaran.. Hari ini kita
dapat lihat IT telah menenggelamkan
segenap media yang lain, IT menjadi tumpuan umat dunia pada hari ini.
Hari ini,
Berita Harian mengeluarkan statistik tentang tumpuan rakyat Malaysia yang kini
berubah arah..Saya faham, berita harian mengeluarkan statistik ini untuk
memperjelaskan medium komunikasi yang paling berkesan bagi menarik penyokong
dan pengundi semasa pilihanraya, maklumlah..Negara kita kan sedang bersedia
dengan ledakkan PRU-13.
Statistik
yang keluar menjelaskan bahawa sebanyak
38% dipelopori oleh Media Baru (blog,portal,media social).. 24% di
pelopori Media Massa
(akhbar,televisyen,radio) dan 13%
ceramah dan 4% dari poster..Walaupun statistik ini hanya menunjukan cara meraih
undi dengan mudah, namun ia tetap jelas menunjukkan keadaan sebenar yang
terjadi hari ini..Pengaruh Blog,Portal,dan media social sudah mampu mengalahkan
Pengaruh Media Massa yang selama ini bermaharaja lela..Tahniah kepada Blogger2,
pemilik portal ,dan media social yang dapat mengunakan medium ini ke arah kebaikan,
menyumbang kepada Islam.
Alangkah
baiknya, blog-blog, portal-portal yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan
ini dapat menyebarkan kebaikan dalam memajukan Islam :) .. Kita tutup segala
lompongan kejahatan dengan perkongsian-perkongsian yang baik dalam blog kita :)
.
Pada
asalnya, saya bukanlah seorang yang minat menulis, namun saya lihat, tidak
banyak yang saya mampu tolong untuk majukan islam ;( sob2..Saya mengambil
inisiatif untuk belajar kerana ini sahaja dayaku untuk menyebarkan kebaikan
kepada orang lain.
Banyak lagi
cara kita untuk menyumbang kepada Islam..Buatlah apa yang anda mampu, sama-sama
kita sayangi ISLAM <3 ..
No comments:
Post a Comment